Legasi Kepimpinan KPPA Ke-23

LEGASI KEPIMPINAN DATUK SERI BORHAN BIN DOLAH KPPA KE-23 JABATAN PERKHIDMATAN AWAM 49 Dasar Pembangunan Sumber Manusia Perkhidmatan Awam (DPSM) YBhg. Datuk Seri Borhan telah menerajui usaha untuk mewujudkan Dasar Pembangunan Sumber Manusia Perkhidmatan Awam (DPSM). Ia digubal bertujuan untuk membentuk pegawai perkhidmatan awam yang berfikiran aras tinggi ( High Order Thinking Skills ) dan ke hadapan ( future-thinking ), tangkas ( agile ), berkemahiran digital ( digital capabilities ) serta kreatif dan berupaya berfikir di luar kotak, berteraskan nilai-nilai murni dan profesionalisme demi kepentingan negara dan organisasi serta kemajuan kerjaya Penjawat Awam. Oleh itu, DPSMmembolehkan setiap Penjawat Awammelengkapkan diri dengan kompetensi dan pengalaman yang diperlukan untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab semasa dan di masa hadapan supaya perkhidmatan awam kekal relevan dan berdaya saing. Selain itu, integriti dan keutuhan perkhidmatan awam turut diharap akan bertambah mantap memandangkan aspek pembangunan nilai-nilai murni dan profesionalisme terus diperkukuhkan dalam DPSM. PEMBAHARUAN PERKHIDMATAN AWAM

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy