Legasi Kepimpinan KPPA Ke-23

LEGASI KEPIMPINAN DATUK SERI BORHAN BIN DOLAH KPPA KE-23 JABATAN PERKHIDMATAN AWAM 43 Digital Government Competency and Capability Readiness (DGCCR) Sektor Awam YBhg. Datuk Seri Borhan selaku Pengerusi bagi Jawatankuasa Pemandu DGCCR Sektor Awam telah mensasarkan pengwujudan perkhidmatan awam yang future proof bagi menghadapi keperluan Future of Works . Digital Government Competency and Capability Readiness (DGCCR) Sektor Awam merupakan satu inisiatif untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran Penjawat Awam agar sentiasa bersiap siaga dalam menangani era digital. DGCCR disasarkan kepada semua Penjawat Awam tanpamengira skimdan peringkat jawatan bagi menyediakanmodal insan yang berpengetahuan dan berkemahiran digital di dalam merancang dan mengurus penyampaian perkhidmatan yang berpaksikan rakyat. Objektif utama DGCCR ialah untuk memperkukuhkan bakat dan pengurusan bakat untuk perkhidmatan awam alaf baharu (digital); dan meningkatkan kompetensi digital Penjawat Awam dengan pelbagai kemahiran dan pelbagai disiplin untuk penyampaian perkhidmatan awam yang lebih cekap. Melaluinya, akan melahirkan Penjawat Awam yang berpengetahuan dan sentiasa peka terhadap perkembangan semasa dan perubahan yang menyumbang ke arah kecemerlangan sesebuah organisasi. Ini seterusnya akan memberikan impak yang tinggi terhadap kualiti perkhidmatan dan bertepatan dengan keperluan rakyat. PEMBAHARUAN PERKHIDMATAN AWAM

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy