Legasi Kepimpinan KPPA Ke-23

LEGASI KEPIMPINAN DATUK SERI BORHAN BIN DOLAH KPPA KE-23 JABATAN PERKHIDMATAN AWAM 41 Kajian Rasionalisasi Pemetaan Kementerian (RPPK) 2019 Kajian ini merupakan salah satu daripada sentuhan YBhg. Datuk Seri dan sedang dalam pelaksanaan pada tahun 2019. Kajian semula struktur dalam perkhidmatan awam bertujuan untuk meningkatkan kecekapan keseluruhan perkhidmatan awam. Melaluinya, peruntukan sumber manusia terlatih sedia ada dapat digunakan secara optimum. Di samping itu, aspek deployment (pengagihan sumber manusia, aset dan logistik) antara Kementerian/ Jabatan /Agensi dapat dilaksanakan dengan secara berkesan melalui penglibatan sumber manusia yang lebih efisien. Selain itu, inisitif ini dapat memberi faedah dalam aspek: FAEDAH 1 FAEDAH 2 Fungsi utama semua Kementerian dapat dipastikan dan program-program yang berupa cross-cutting di antara Kementerian-kementerian tidak bertindih. Ini akan mengakibatkan penggunaan sumber-sumber secara optimum; dan Agihan bantuan kerajaan dapat diselaras dan disalur kepada kumpulan sasaran secara lebih tepat. Ketirisan bantuan dapat dikurangkan. PEMBAHARUAN PERKHIDMATAN AWAM

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy