Legasi Kepimpinan KPPA Ke-23

LEGASI KEPIMPINAN DATUK SERI BORHAN BIN DOLAH KPPA KE-23 JABATAN PERKHIDMATAN AWAM 37 Pelaksanaan Tahap Pengamalan dan Pemantapan Nilai Penjawat Awam YBhg. Datuk Seri Borhan juga bertindak sebagai ‘ caretaker ’ dalam pelaksanaan Sistem Pengurusan Audit Nilai (SPAN) bagi keseluruhan penjawat awam dari segi pelaksanaan, penggubalan dasar baharu, dan pemantauan. Pelaksanaan SPAN ini bertujuan untuk memastikan pelaksanaan program-program penerapan nilai dilaksanakan dengan berkesan dan mencapai matlamatnya; membolehkan suatu kajian impak yang lebih berkesan dibuat, pemantauan berterusan dilakukan dan kelemahan yang dikenal pasti dapat diperbaiki; dan menyeragamkan pelan bertindak ke arah memastikan keberkesanan pelaksanaan penerapan, penghayatan dan seterusnya pengamalan nilai. Perkhidmatan Awam telah melaksanakan beberapa siri penilaian pengurusan audit nilai secara menyeluruh sejak tahun 2014 hingga sekarang. Penilaian yang diperoleh dalam tempoh empat tahun menunjukkan indeks komposit bagi setiap tahun yang dinilai berada dalam kategori “Perlu Penambahbaikan Dengan Pemantauan”. Hasilnya, pada tahun 2019, SPAN telah dijadikan sebagai KPI kepadapegawai TIER1danpendekatan follow-up dan follow-through dilaksanakan bagi memastikan objektif SPAN tercapai. 5 NILAI TERAS Amanah: Sifat tanggungjawab dalam melaksanakan tugas tanpa menyalahgunakan kuasa dan kedudukan Bersyukur: Rasa rendah diri dengan nikmat Tuhan yang diterima dan berterima kasih kepada Nya Benar: Betul dan tepat Bijaksana: Mempunyai pengetahuan yang luas, banyak pengalaman dan tajam pemikiran Adil: Memberi kepada yang berhak akan haknya mengikut kadar masing-masing atau meletakkan sesuatu di tempatnya Telus: Tindakan atau keputusan yang dibuat tanpa dipengaruhi oleh sebarang unsur dalaman dan luaran serta melalui proses yang jelas dan nyata PEMBAHARUAN PERKHIDMATAN AWAM

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy