Legasi Kepimpinan KPPA Ke-23

LEGASI KEPIMPINAN DATUK SERI BORHAN BIN DOLAH KPPA KE-23 JABATAN PERKHIDMATAN AWAM 11 Institut Tadbiran AwamNegara (INTAN) ◊ 16 Julai 2006 sehingga 15 September 2008 YBhg. Datuk Seri Borhan pernah berkhidmat di Unit Diploma Pengurusan Awam (UDPA), Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) selaku Ketua Pusat bermula 2006 sehingga 2008. Menyedari bahawa beliau perlu menggalas tanggungjawab bagi membentuk pemimpin masa hadapan, pelbagai agenda telah dibangunkan bagi memastikan bahawa lantikan baharu PTD dibimbing, diberi penekanan dalam bidang pentadbiran, pengurusan organisasi dan konflik, pemantapan jati diri dan kerja berpasukan dengan sahsiah yang terbaik. Di antara program yang berjaya dibangunkan oleh beliau dalam tempoh tersebut adalah seperti perjumpaan peserta kursus bersama figura kepimpinan tertinggi iaitu Tan Sri Dato’ Seri Rafidah binti Aziz, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI); Tan Sri Mohd Sidek bin Hassan, Ketua Setiausaha Negara; Tan Sri Ismail bin Adam, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dan Tan Sri Musa bin Hassan, Ketua Polis Negara. Tujuan utama perjumpaan ini diadakan adalah untuk membina keyakinan diri dan mengasah etika dan protokol peserta apabila berhadapan dengan mereka apatah lagi menguruskan agenda di INTAN yang melibatkan pemimpin-pemimpin yang berpengaruh ini. Dengan cara ini, peserta kursus tidak sahaja dilihat berjaya mewarisi ilmu dan daya kepimpinan malah menjadikan para pemimpin sebagai idola mereka dalam memandu arah mereka untuk lebih berwawasan tinggi, berani menyuarakan pandangan dan berjaya melaksanakan tugas dengan penuh dedikasi, kreatif dan berintegriti. Peserta kursus juga diperkenalkan mengenai kepentingan memupuk nilai kenegaraan melalui pemartabatan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dengan melaksanakan program kebahasaan di bawah anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) seperti debat dan pidato dalam kalangan peserta kursus dan melibatkan diri dalam Pesta Pantun di Jabatan Perkhidmatan Awam. Usaha YBhg. Datuk Seri Borhan dalam menerapkan kecintaan terhadap seni warisan negara seperti Hari Apresiasi Batik dan Songket telah berjaya menambat hati ramai pihak, bukan sahaja membuka mata peserta kursus akan keunikan seni lukis dan tenunan negara malah melonjakkan sejarah warisan seni ini kepada penjawat awam lain yang turut bersama-sama menyerikan program yang julung-julung kali diadakan di INTAN Bukit Kiara. Demikian itu, didapati bahawa usaha YBhg. Datuk Seri Borhan membentuk peserta kursus dalam pelbagai inisiatif kepimpinandan pembinaan jati diri sepanjang berada di INTAN telah berjaya diwarisi dan masih diteruskan sehingga kini oleh pihak INTAN hingga sekarang. Ini membuktikan kepimpinan YBhg. Datuk Seri Borhan di INTAN telah memberi impak yang berkesan kepada modul pembelajaran peserta kursus lantas menyelitkan inisiatif yang bermanfaat tersebut dalam modul kepimpinan peserta kursus masa kini. SEJARAH PERKHIDMATAN

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy