Laporan Kajian Inisiatif Pemerkasaan Institut Latihan Awam (ILA) 2024
3 Rajah 2: Pernyataan Masalah - Root Cause Analysis (5W1H) 1.5 Proses Pelaksanaan Kajian Kajian ini melibatkan lima (5) peringkat pelaksanaan seperti berikut: i. Sesi libat urus pihak dalaman JPA; ii. Sesi libat urus BPSM Kementerian dan JPM; iii. Mesyuarat Kerja Inisiatif Pemerkasaan ILA dan Mesyuarat Kerja Pemurnian Inisiatif Pemerkasaan ILA; iv. Sesi libat urus dan taklimat di ILA terpilih; dan v. Penyelarasan maklumat ILA berdasarkan format yang ditetapkan. 1.6 Pihak yang Terlibat Secara dasarnya terdapat dua (2) pihak yang terlibat dengan kajian ini iaitu pihak dalaman dan luaran JPA. Perinciannya adalah seperti berikut: i. Pihak dalaman JPA ● Bahagian Pembangunan Modal Insan (BMI) ● Bahagian Perkhidmatan (BK) ● Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) ● Bahagian Pembangunan Organisasi (BPO)
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy