Laporan Kajian Inisiatif Pemerkasaan Institut Latihan Awam (ILA) 2024

55 INSTITUT LATIHAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN, BUKIT TINGGI, PAHANG Tarikh Lawatan 20 September 2023 Tahun Penubuhan 2008 Fungsi • Melaksanakan latihan bagi enam (6) pusat pengajian merangkumi Perancangan Bandar dan Urbanisasi; Pengurusan Landskap; Kerajaan Tempatan; Pengurusan Perumahan; Pengurusan Sisa Pepejal dan Pemahaman dan Penguatkuasaan Undang-Undang. • Menganjurkan persidangan, seminar dan bengkel berkaitan kerajaan tempatan di peringkat tempatan dan antarabangsa. • Menyalurkan maklumat terkini berhubung dengan perubahan dasar, polisi dan matlamat kementerian dari semasa ke semasa. Visi Menjadi Institut yang Berdaya Saing Misi Membangun dan Memperkasa Kompetensi Modal Insan dan Menyediakan Khidmat Penyelidikan dan Rundingan (Rujukan/Penyebaran Maklumat), Dalam Bidang Perbandaran, Perumahan, Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam Serta Pengurusan Kerajaan Tempatan Rumusan Lawatan • Fasiliti yang lengkap • Lokasi di kawasan peranginan • Jumlah kakitangan adalah 32 termasuk lima (5) MyStep dan satu (1) COS • Pelaksanaan kursus dalaman, KPKT (155 PBT) dan pihak luar • Tiada kemudahan kuarters dan terpaksa menginap di asrama kerana lokasi yang jauh dari kawasan kediaman (telah mendapat kuiri ITP dan menjejaskan aspek kebajikan). Telah kemukakan cadangan pembinaan kuarters untuk pegawai dan kakitangan • Pengisian serta keupayaan Bahagian Akademik sangat minimum

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy