Laporan Kajian Inisiatif Pemerkasaan Institut Latihan Awam (ILA) 2024
48 4.7 Rumusan Sesi Libat Urus/Lawatan Selain daripada pengumpulan data berdasarkan aktiviti siri libat urus, mesyuarat kerja dan format maklumat ILA yang ditetapkan, 13 sesi lawatan dan taklimat telah dilaksanakan di pelbagai ILA dari sektor yang berbeza. Maklumat mengenai sejarah, visi, misi dan hasil rumusan lawatan adalah seperti berikut: INSTITUT LATIHAN ISLAM MALAYSIA (KAMPUS KUNDASANG), SABAH Tarikh Lawatan 26 Mei 2023 Tahun Penubuhan 1984 Fungsi Membangunkan modal insan pegawai Hal Ehwal Islam, modul latihan Islam, kepakaran dan kepimpinan perkhidmatan Hal Ehwal Islam bagi memastikan kecemerlangan pengurusan hal ehwal Islam di Malaysia Visi Berperanan Sebagai Sebuah Pusat Latihan yang Unggul Dalam Membangun Modal Insan ke Arah Melahirkan Ummah yang Progresif dan Berakhlak Mulia Misi Memperkasa Kualiti Modal Insan, Pengurusan dan Pentadbiran Hal Ehwal Islam di Sabah Melalui Sistem Latihan yang Komprehensif dan Profesional Rumusan Lawatan • Mempunyai permintaan yang tinggi bagi kursus yang ditawarkan • Mempunyai fasiliti yang terhad • ILIM Ibu Pejabat mempunyai program pembangunan modal insan yang komprehensif, Training Road Map (TRM) dan Lembaga Penasihat • Galakkan penawaran kursus secara digital • Lokasi di kawasan peranginan • Melaksanakan program kolaborasi bersama agensi Kerajaan Persekutuan, Negeri, NGO dan masyarakat setempat
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy