Laporan Kajian Inisiatif Pemerkasaan Institut Latihan Awam (ILA) 2024
1 BAB 1 - LATAR BELAKANG KAJIAN 1.1 Tujuan, Kepentingan dan Punca Kuasa Tujuan kajian ini diadakan adalah untuk mengenalpasti isu dan cabaran Institut Latihan Awam (ILA) bagi pelaksanaan pembangunan kompetensi di bawah dasar sumber manusia sedia ada serta hala tuju ILA selaras dengan agenda nasional. Terdapat lima (5) punca kuasa utama bagi pelaksanaan kajian ini yang merangkumi dasar-dasar berikut: i. Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam (DLSA) PP 6/2005; ii. Cadangan Rasionalisasi Jabatan/Agensi (2019); iii. Rancangan Malaysia Kedua Belas RMKe-12 (2021 - 2025); iv. Kerangka Pembaharuan Perkhidmatan Awam (MyPPA); v. Malaysia/Ekonomi MADANI; dan vi. Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam (2024 – 2030). Kepentingan kajian ini adalah untuk meneliti peranan ILA yang perlu diperkasakan dalam pembangunan kompetensi modal insan sektor awam seiring dengan dasar pembangunan sumber manusia serta aspirasi nasional. 1.2 Terma Rujukan Kajian ini telah dipandu berdasarkan tujuh (7) terma rujukan seperti berikut: i. Mendapatkan maklumat berkaitan kajian terdahulu berkaitan ILA; ii. Mendapatkan maklumat asas ILA termasuk senarai kursus yang ditawarkan; iii. Mengenalpasti isu dan cabaran ILA dalam pelaksanaan fungsi serta peranannya di bawah dasar pembangunan sumber manusia; iv. Melaksanakan analisis-analisis persekitaran; v. Membangunkan kerangka inisiatif berdasarkan rumusan analisis-analisis; vi. Mengenalpasti strategi, sub strategi dan pelan tindakan; dan vii. Mencadangkan syor yang merangkumi peranan pihak berkaitan dan usaha penambahbaikan berterusan.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy