Laporan Kajian Inisiatif Pemerkasaan Institut Latihan Awam (ILA) 2024

211 INSTITUT KOPERASI MALAYSIA (IKMA) ASAS PENUBUHAN: IKMa mula ditubuhkan dan mula beroperasi pada 13 November 1956 dengan menggunakan nama Maktab Bekerja Sama-Sama Malaya dan pada tahun 1968 nama tersebut diperbadankan dengan nama Maktab Kerjasama Malaysia sebagai sebuah badan berkanun melalui Akta Maktab Kerjasama (Perbadanan) 1968 yang diluluskan oleh Parlimen pada 11 September 1968. Pada tahun 2011 ia ditukar nama kepada Maktab Koperasi Malaysia, dan pada tahun 2019 Parlimen telah meluluskan Akta Institut Koperasi (Pemerbadanan) 1968 (Pindaan 2019) [Akta A1589] berkuatkuasa pada 5 Mei 2019. Kini dikenali sebagai Institut Koperasi Malaysia (IKMa) iaitu Pusat Kecemerlangan Pembangunan Modal Insan Koperasi. Keluasan lantai bangunan adalah 12,946.71 meter persegi dan keluasan tanah adalah 17,394.9719 meter persegi/7.298 ekar. No. FUNGSI/PERANAN TANDAKAN (√) KOMPLEKSITI CATATAN 1. Pusat Fasiliti √  Bilik kuliah (4 unit: kapasiti 30 - 80 orang) setiap bilik kuliah dilengkapi 1 unit interactive smart board, 1 unit LED smart tv dan 1 unit projector  Perpustakaan (36,046 jumlah koleksi, kapasiti 100 orang) terdapat juga digital newspaper, e-book dan langganan pangkalan data, jenis-jenis koleksi: (i) koleksi terbuka, (ii) koleksi bersiri. (iii) koleksi terbitan IKMa; dan (iv) koleksi berjilid  Penginapan asrama (96 unit, kapasiti 220 orang) : 22 unit twin sharing, 74 unit triple sharing, 1 unit dorm  Dewan makan (kapasiti 230 orang)  Makmal komputer (3 unit : kapasiti 30 - 50 orang)  Auditorium (kapasiti 220 orang) dilengkapi LED smart tv  Dewan serbaguna (kapasiti 250 orang)  Gimnasium  Padang futsal  Techno lab  Kafetaria  Pasar mini  Surau  Padang petanque  Skylight (dewan terbuka) (kapasiti 80 orang) 500-900 kursus setiap tahun 2. Pusat Tanggungjawab (PTJ) √ Mempunyai tiga (3) Pusat Tanggungjawab (PTJ)

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy