Laporan Kajian Inisiatif Pemerkasaan Institut Latihan Awam (ILA) 2024
203 ekar telah siap dilaksanakan pada 1983. CIAST telah dibuka secara rasminya pada 30 Ogos 1985 bersamaan 14 Zulhijjah 1405 oleh Y.B. Dato’ Mak Hon Kam, Menteri Buruh Malaysia ketika itu. Pada awal operasi CIAST, ia dikawal selia oleh pakar-pakar teknikal dan pengurusan dari Jepun menerusi agensinya iaitu Japan International Cooperation Agency (JICA) sehingga tahun 1991. Tenaga pengajar pakar dari Jepun telah berkongsi pengetahuan dan kemahiran dengan pengajar tempatan dalam teknik pengajaran dan pembelajaran. Pada 1991 sehingga Mei 2007, CIAST diletakkan di bawah Jabatan Tenaga Manusia (JTM), Kementerian Sumber Manusia dengan fokus melaksanakan kursus-kursus teknikal kepada tenaga pengajar JTM dan melahirkan tenaga pengajar baharu. Sesuai dengan peredaran masa dan tanggungjawab yang lebih besar dalam melahirkan tenaga pengajar TVET, CIAST telah dipindahkan di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia pada 1 Jun 2007. Kini, CIAST mengorak langkah sebagai agensi peneraju dalam pembangunan tenaga pengajar TVET berkemahiran tinggi sesuai dengan keperluan negara dalam memperkasakan pengajar kemahiran di Malaysia. Sejak awal penubuhannya, CIAST telah melahirkan ramai tenaga pengajar dalam pelbagai bidang bagi menampung keperluan di pelbagai institusi latihan kemahiran. No. FUNGSI/PERANAN TANDAKAN (√) KOMPLEKSITI CATATAN 1. Pusat Fasiliti √ Auditorium (300 orang) Bilik Kuliah (22 bilik/505 orang) Surau Bengkel Latihan a. Mekatronik - 4 unit b. Elektronik - 5 unit c. Komputer - 3 unit d. Kimpalan - 2 unit e. Pembuatan - 4 unit f. Automotif - 3 unit Bilik Seminar (60 orang) Pusat Kecemerlangan (KESUMA) a. Centre of Excellence (CoE) for TVET Instructor b. Centre of Excellence (CoE) for Worldskills Malaysia Asrama Untuk Pelajar- (310 unit/kapasiti 458 orang) Fasiliti Sukan (Futsal, tenis, bola tampar, bola jaring, badminton) Dewan Besar (300 orang) Dewan Makan (200 orang) Kafeteria (100 orang) Bilik Mesyuarat (5 bilik)
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy