Laporan Kajian Inisiatif Pemerkasaan Institut Latihan Awam (ILA) 2024

187 INSTITUT AMINUDDIN BAKI (IAB), KAMPUS INDUK, BANDAR ENSTEK, NILAI, NEGERI SEMBILAN ASAS PENUBUHAN: Institut Aminuddin Baki (IAB) adalah sebuah institusi latihan kepimpinan dan pengurusan pendidikan bagi membangunkan keupayaan pengurus dan pemimpin pendidikan di semua peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Sejarah penubuhan IAB yang dahulunya adalah dikenali sebagai Malaysian Educational Staff Training Institute (MESTI) pada Mac 1979. Lokasi MESTI pada masa itu bertempat di Bahagian Pendidikan Guru telah berpindah ke kampus Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi pada bulan Ogos 1979 sehingga September 1980. MESTI kemudiannya dikenali sebagai Institut Pengurusan Pendidikan Negara (IPPN) pada tahun 1985 serentak dengan perpindahan operasinya ke kampus induk pada masa itu di Sri Layang, Genting Highlands. Pada 14 Mac 1988 YB Menteri Pendidikan Malaysia telah mengisytiharkan nama baru IPPN kepada Institut Aminuddin Baki (IAB) sebagai mengenang jasa dan sumbangan Allahyarham Aminuddin Baki (Penasihat Pelajaran Persekutuan Tanah Melayu) terhadap pembangunan dan perkembangan dalam bidang pendidikan negara Malaysia. Pada Februari 2014, Kampus Induk IAB di Sri Layang, Genting Highlands telah berpindah ke kampus induk baharu bertempat di Kompleks Pendidikan Nilai, Bandar Enstek, Negeri Sembilan dengan menjadikan IAB di Kampus Sri Layang sebagai IAB Cawangan Genting Highlands (IABCGH). Pada masa ini, IAB juga mempunyai cawangan di Jitra (Kedah), Santubong (Sarawak) dan Tuaran (Sabah). No. FUNGSI/PERANAN TANDAKAN (√) KOMPLEKSITI CATATAN 1. Pusat Fasiliti √ Kampus induk di Bandar Enstek, Nilai, Negeri Sembilan  1 auditorium (400 pax)  1 mini auditorium (100 pax)  5 bilik mesyuarat (10-20 pax/ bilik)  15 bilik kuliah (30 pax/bilik)  3 makmal komputer (20 pax/bilik)  6 blok asrama (458 pax pengisian penuh)  1 dewan makan  1 pusat sumber Penggunaan kerap 2. Pusat Tanggungjawab (PTJ) √ Berstatus PTJ 3. Penawaran Kursus Kompetensi Generik √ Program yang dilaksanakan secara aktif:  Program Pemantapan Kepimpinan Pendidikan  Kursus Penerapan Nilai Perpaduan untuk Pengetua dan Guru Besar  Kursus Kepimpinan Pemimpin Sistem Setiap tahun

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy