Laporan Kajian Inisiatif Pemerkasaan Institut Latihan Awam (ILA) 2024
184 pengiktirafan sebagai IDI Certified Trainer dan ASOSAI Resource Person 10. Lantikan ILA sebagai Pusat Tauliah √ Mendapat pengiktirafan sebagai Recognised Asian Organisation of Supreme Audit Institution (ASOSAI) Training Institution bermula pada September 2018. Pengiktirafan ini adalah selaras dengan latihan yang dikendalikan meliputi skop pengauditan selaras dengan standard pengauditan ISSAI 11. Penilaian Kompetensi √ Akademi Audit Negara melaksanakan kursus bagi penilaian kompetensi juruaudit (generik dan fungsian) bagi tujuan kenaikan pangkat kumpulan Pengurusan dan Professional W44, W48 dan W52. Penilaian ini adalah dikenali Training Road Map (TRM) bagi Kriteria Kecemerlangan Audit (KCA) juruaudit berkenaan Program ini turut melibatkan Auditor Assessment Centre Programme (AACP) yang dilaksanakan di Akademi Audit Negara bagi pengukuran tahap kompetensi dan potensi seseorang pegawai terhadap kemampuan dan kesesuaian pegawai untuk memikul tugas kepimpinan pada tahap yang lebih tinggi 12. Penganjuran Program Utama Berkala Peringkat Nasional √ Bermula pada tahun 2021, Akademi Audit Negara menganjurkan dua (2) webinar setiap tahun. Akademi Audit Negara menganjurkan webinar yang disertai oleh warga Jabatan Audit Negara serta peserta luar seperti warga kerja dan pelajar dari Universiti Teknologi Mara (UITM) pada tahun 2022
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy