Laporan Kajian Inisiatif Pemerkasaan Institut Latihan Awam (ILA) 2024
180 AKADEMI AUDIT NEGARA (AAN) ASAS PENUBUHAN: Akademi Audit Negara ditubuhkan sebagai projek pembangunan Jabatan Audit Negara di bawah Rancangan Malaysia Ke-8 (RMKe-8). Pembinaan telah bermula pada 15 Ogos 2002 dan beroperasi pada September 2005. AAN terletak di Bandar Enstek, Nilai, Negeri Sembilan dengan jarak 45km dari Ibu Pejabat Jabatan Audit Negara di Putrajaya dan 10km dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Akademi Audit Negara mempunyai keluasan tanah 20 ekar. Menjadi hasrat Jabatan Audit Negara (JAN) agar penubuhan Akademi ini dapat dijadikan sebagai landasan utama dalam mempertingkatkan tahap profesionalisme juruaudit awam serta berperanan sebagai sebuah badan akreditasi bagi bidang pengauditan sektor awam. Akademi Audit Negara diberi tanggungjawab untuk menyediakan program latihan yang sistematik dan komprehensif bagi memastikan semua warga JAN dilengkapi dengan latihan berasaskan kompetensi dan pembelajaran berterusan. Ia mengambil kira keperluan latihan semasa dan bersedia untuk cabaran masa hadapan. Di samping itu, ia juga berfungsi untuk menggalakkan kesedaran dalam sektor awam mengenai pentingnya akauntabiliti awam melalui kursus-kursus yang ditawarkan dalam bidang utama iaitu pengauditan, perakaunan, teknologi maklumat dan pengurusan. Akademi ini diketuai oleh Pengarah dan disokong oleh 56 pegawai akademik dan pentadbiran. Kursus-kursus yang ditawarkan adalah di bawah lima (5) program iaitu Pengauditan, Perakaunan, Pengurusan, Teknologi Maklumat serta Antarabangsa dan Penyelarasan. No. FUNGSI/PERANAN TANDAKAN (√) KOMPLEKSITI CATATAN 1. Pusat Fasiliti √ Bangunan Pentadbiran dan Akademik Auditorium Ahmad Noordin (500 orang) Dewan Syarahan Dr. Hadenan (168 orang) Bilik Persidangan Utama (50 orang) Bilik Mesyuarat Akademik (20 orang) Perpustakaan (80 orang) Bilik Kuliah (3 bilik, 25-30 orang/kuliah) Makmal Komputer (2 makmal, 30 orang/makmal) Bilik Multimedia (10 orang) Asrama (100 bilik) Surau (200 orang) Dewan Makan (200 orang) Gimnasium (20 orang) Gelanggang Permainan (Bola Tampar, Tenis/Futsal, Fasiliti Team Building) Bas (1) Akademi Audit Negara juga sedang mengorak langkah bagi membuka cawangan di Cawangan di Pulau Pinang akan memanfaatkan fasiliti sedia ada seperti bilik kuliah dan dewan. Sementara itu, cawangan di Terengganu akan melibatkan pembangunan sebuah bangunan baharu yang lengkap dengan kemudahan seperti dewan, bilik kuliah, bilik penginapan serta ruang pejabat.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy