Laporan Kajian Inisiatif Pemerkasaan Institut Latihan Awam (ILA) 2024

167 3. Penawaran Kursus Kompetensi Generik √ IPN telah diiktiraf sebagai Core Centre Kursus Generik Kewangan berdasarkan surat edaran daripada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dengan rujukan fail JPA(S)(BPO)215/65kIt.22(7) bertarikh 29 Jun 2010 4. Penawaran Kursus Kompetensi Fungsian √ Program Pengajian dalam Badan Profesional Perakaunan JANM melalui Pusat Pembangunan Profesional (IPNCPD) telah melaksanakan Program Pengajian Dalam Badan Profesional Perakaunan bermula tahun 2012 dengan menawarkan tajaan bagi membiayai program tersebut kepada calon yang terlibat, dalam mendokong hasrat peningkatan bilangan Akauntan Sektor Awam yang lulus penuh dalam peperiksaan kelayakan badan-badan profesional yang diikitiraf (ACCA, CIMA, CPA Australia dan MICPA) Program Continuing Professional Development (CPD) Pelbagai program dan kursus telah dirangka dan dilaksanakan IPNCPD di bawah Program CPD dalam usaha meningkatkan profesionalisme dalam kalangan Akauntan lantikan JANM serta memiliki keupayaan individu berprestasi tinggi iaitu di bawah IPN CPD Series, IPN Leadership Series dan Certification Programme 5. Penerbitan √ Menerbitkan makalah ilmiah (jurnal dan monograf) bagi menjadikan IPN dan JANM sebagai Pusat Rujukan Pembangunan dan Amalan Perakaunan Sektor Awam 6. Penyelidikan √ Melaksanakan kajian empirikal terhadap amalan perakaunan sektor awam dengan kerjasama daripada Institut Penggajian Tinggi Awam (IPTA) atau Institut

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy