Laporan Kajian Inisiatif Pemerkasaan Institut Latihan Awam (ILA) 2024
165 INSTITUT PERAKAUNAN NEGARA (IPN) ASAS PENUBUHAN ILA: Pada tahun 1980, Seksyen Perancangan Tenaga Manusia dan Latihan dalam Bahagian Pemajuan Sumber Perakaunan telah dipertanggungjawabkan untuk merancang dan melaksana program-program latihan di Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM). Awal tahun 1993, Seksyen Perkhidmatan Latihan, di bawah Bahagian Perkhidmatan Korporat dan bantuan Pengurusan telah mengambil alih tugas ini setelah berlakunya penyusunan semula JANM. Pada ketika itu, operasi seksyen ini dikendalikan di Tingkat 22, Plaza Pengkalan, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur. Lanjutan daripada itu, Jabatan Akauntan Negara Malaysia telah berusaha untuk mendapatkan kelulusan bagi penubuhan institut latihannya sendiri yang serba lengkap. Pelbagai kertas kerja telah disediakan termasuklah satu permohonan untuk penubuhan Institut Latihan Jabatan Akauntan Negara Malaysia (sebelum ini dikenali sebagai Institut Perakaunan Sektor Awam Malaysia – IPSAM) dan cadangan keperluan kemudahan untuk institut ini. Sebagai hasil daripada usaha gigih tersebut, Jabatan Akauntan Negara Malaysia telah menerima peruntukan sebanyak RM6 juta untuk pembinaan sebuah institut dalam Rancangan Malaysia Ke-7 (RMK7). Sehubungan dengan itu, sebidang tanah seluas 100 ekar di kawasan Sungai Lang, Mukim Bagan Nakhoda Omar, Daerah Sabak Bernam, Selangor Darul Ehsan telah diperolehi daripada Kerajaan Negeri Selangor melalui kelulusan mesyuarat EXCO Majlis Tindakan Ekonomi Negeri Selangor (MTES) yang bersidang pada 12 Ogos 1998 sebagai tapak pembinaannya. Pada 3 Ogos 1999, majlis upacara pecah tanah telah disempurnakan oleh Y.B. Tun Daim Zainuddin, Menteri Kewangan 1, Malaysia. Mulai tahun 2003, institut latihan ini telah mendapat taraf sebagai salah satu bahagian di JANM dan dikenali sebagai Institut Perakaunan Negara (IPN) dengan 32 perjawatan dan diketuai oleh seorang Timbalan Pengarah Gred W48. Operasi bahagian masih lagi dikendalikan di Tingkat 22, Plaza Pengkalan, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur. IPN telah berpindah secara rasminya ke kompleks barunya di Sungai Lang, Sabak Bernam pada 6 Disember 2005 setelah bangunan kompleks tersebut siap sepenuhnya pada 25 Oktober 2004 dan diserahkan kepada IPN pada April 2005. IPN juga telah diiktiraf sebagai Core Centre Kursus Generik Kewangan berdasarkan surat edaran daripada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dengan rujukan fail JPA(S)(BPO)215/65kIt.22(7) bertarikh 29 Jun 2010. No. FUNGSI/PERANAN TANDAKAN (√) KOMPLEKSITI CATATAN 1. Pusat Fasiliti √ Asrama/penginapan - Asrama Lelaki dan Perempuan yang lengkap dan bertaraf 3 bintang Makmal komputer - Dilengkapi capaian internet dan aplikasi pembelajaran kewangan Penggunaan kerap
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy