Laporan Kajian Inisiatif Pemerkasaan Institut Latihan Awam (ILA) 2024

160 INSTITUT TANAH DAN UKUR NEGARA (INSTUN) ASAS PENUBUHAN: Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN) telah ditubuhkan pada 1 Mei 1998 melalui arahan Jemaah Menteri pada 9 Julai 1997. Penubuhan INSTUN adalah daripada gabungan fungsi Seksyen Latihan, Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG) dan Seksyen Latihan, Jabatan Ukur dan Pemetaan Negara (JUPEM) di bawah Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi. Penstrukturan semula Kabinet pada 27 Mac 2004 telah meletakkan INSTUN di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) yang kini dikenali sebagai Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES). INSTUN beroperasi di kampus tetapnya yang terletak di Behrang Ulu, Tanjung Malim, Perak pada awal tahun 2002 selepas beroperasi di Wisma Tanah, Jalan Semarak, Kuala Lumpur sejak 1998. INSTUN merupakan satu-satunya Institut Latihan Awam (ILA) di Malaysia yang telah diberi mandat serta tanggungjawab untuk melatih kakitangan yang terlibat dalam urusan pentadbiran tanah, ukur dan pemetaan serta teknologi maklumat yang berkaitan. No. FUNGSI/PERANAN TANDAKAN (√) KOMPLEKSITI CATATAN 1. Pusat Fasiliti √  Auditorium (500 orang)  Surau  Bilik Kuliah (3 Bilik, 40 orang)  Dewan Kuliah (2 Dewan Kuliah, 400 orang)  Pusat Kecemerlangan (7 Pusat, 40-50 Orang  Asrama (Untuk Peserta Kursus 47 Bilik Eksekutif, 200 Bilik Twin Sharing )  Dewan Makan (400 orang)  Fasiliti Sukan  Balai Cerap  Dewan Serbaguna  Bilik Mesyuarat (7 bilik kapasiti 30 orang)  Perpustakaan (60 orang)  Bilik Studio  Pusat Kalibrasi Utiliti Bawah Tanah  Kolam Renang  Mahkamah Simulasi  Galeri  Tapak Kalibrasi EDM  Tapak Uji Lari GYRO Sangat kerap Digunakan untuk penganjuran kursus, seminar dan program MyTC 2. Pusat Tanggungjawab (PTJ) √ Memohon, menerima dan menguruskan peruntukan Belanja Mengurus dan Pembangunan Setiap tahun 3. Penawaran Kursus Kompetensi Generik √ Tahun 2024 - 7 Kursus contohnya:  Kursus Integriti  Kursus berkaitan Pentadbiran dan Kewangan Setiap tahun

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy