Laporan Kajian Inisiatif Pemerkasaan Institut Latihan Awam (ILA) 2024

156 PUSAT KECEMERLANGAN NUKLEAR, NUKLEAR MALAYSIA ASAS PENUBUHAN: Penubuhan Pusat Kecemerlangan Nuklear (CoNE) adalah selaras dengan keperluan Akta 304 (Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984), yang memberi penekanan terhadap kawalan selamat penggunaan tenaga atom serta pelaksanaan latihan berkaitan teknologi nuklear. Sejarah CoNE bermula pada tahun 1986 dengan penubuhannya sebagai Unit Khidmat Latihan (UKL) di bawah Program Pengkomersilan dan Perancangan Teknologi. Operasi latihan pada ketika itu dijalankan di Blok 11, Agensi Nuklear Malaysia sehingga tahun 2011. Pada 1 April 2011, operasi pejabat pengurusan latihan telah dipindahkan daripada Blok Pentadbiran Utama Nuklear Malaysia, Blok 11, ke bangunan baharu di Blok 57, Kompleks Jalan Dengkil, dan dinamakan semula sebagai Pusat Latihan Nuklear Malaysia. Seiring dengan perkembangan semasa, pada tahun 2021, ia telah dijenamakan semula kepada Pusat Kecemerlangan Nuklear (CoNE) dan kekal digunakan hingga kini. CoNE ini merupakan satu (1) daripada tiga (3) pusat di bawah Bahagian Pengkomersilan Teknologi (BKT), Agensi Nuklear Malaysia, yang turut juga berperanan sebagai pusat khidmat bagi agensi. Selaras dengan fungsi utama Agensi Nuklear Malaysia untuk memberi sokongan teknikal dan latihan dalam bidang teknologi nuklear dan berkaitan, CoNE bertanggungjawab menawarkan pelbagai program latihan teknikal yang komprehensif. CoNE telah menerima pengiktirafan penting sebagai pusat latihan serantau bagi rantau Asia Pasifik oleh Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) pada tahun 2000 disamping pengiktirafan dan akreditasi dari badan pertauliahan dalam negara. Pengiktirafan ini mengukuhkan kedudukan CoNE dan Nuklear Malaysia sebagai sebuah institusi utama dalam penyediaan latihan berkualiti tinggi dalam teknologi nuklear untuk memenuhi keperluan di rantau ini. Program-program latihan yang ditawarkan oleh CoNE merangkumi sektor-sektor Keselamatan Sinaran dan Kesihatan, Sinaran Perubatan, Ujian Tanpa Musnah (NDT), Keselamatan Persekitaran dan Kesihatan, Sains Nuklear dan Kejuruteraan, Pengurusan Teknologi dan juga Latihan Antarabangsa. Pelaksanaan program-program latihan ini adalah untuk meningkatkan kemahiran dan kesedaran keselamatan dalam sektor-sektor tersebut. Ia juga selaras dengan usaha untuk menggalakkan penggunaan teknologi nuklear dalam bidang industri, perubatan, kejuruteraan, pertanian, alam sekitar, geologi, penyelidikan dan pembangunan serta bidang lain-lain yang berkaitan serta mewujudkan tenaga kerja yang cekap dalam memainkan peranan yang lebih besar dalam agenda pembangunan negara. Penawaran latihan adalah menjurus kepada pelbagai pihak industri, syarikat, hospital, klinik, universiti, organisasi dan badan-badan Kerajaan. Permintaan dan pengendalian latihan bukan hanya tertumpu di dalam negara malah turut dijalankan sehingga ke peringkat antarabangsa. Semua program latihan yang dianjurkan direka khas dengan fokus untuk memenuhi kehendak pasaran dan keperluan pelanggan melalui beberapa pendekatan latihan iaitu Latihan Awam, Program Asas Agensi & AMP, Konsortia, Program Serantau, Program E-Learning, Seminar/Persidangan/Simposium, Latihan Antarabangsa, Sangkutan Penyelidikan dan Program Bersekutu/Kerjasama Latihan Program latihan Nuklear Malaysia dijalankan oleh sekumpulan fasilitator yang berkelayakan dan berpengalaman, serta disokong oleh kemudahan yang lengkap dan pengalaman penyelidikan yang luas. Fungsi CoNE adalah untuk melatih dan memudahkan pembelajaran tenaga kerja dalam bidang berkaitan sinaran, mereka bentuk dan membangunkan produk latihan mengikut kehendak pasaran dan pelanggan, mengendali dan menyelaras program latihan, bengkel, seminar, persidangan dan menyediakan khidmat profesional dalam aktiviti berkaitan latihan. Keluasan kawasan CoNE adalah 4,843.13m 2 .

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy