Laporan Kajian Inisiatif Pemerkasaan Institut Latihan Awam (ILA) 2024
153 14. Penganjuran Program Berkala Peringkat Antarabangsa √ Penganjuran kursus daripada Regional Office for Capacity Building (ROCB) dan WCO contohnya kursus Green Customs daripada WCO Bergantung kepada permintaan PUSAT LATIHAN JABATAN SUKARELAWAN MALAYSIA ( RELA) ASAS PENUBUHAN: Punca kuasa untuk penubuhan pusat latihan RELA adalah berdasarkan kepada Seksyen 10 Akta Pasukan Sukarelawan Malaysia 2012 (Akta 752) “Tiap-tiap anggota RELA hendaklah menjalani latihan sebagaimana yang ditetapkan oleh Ketua Pengarah untuk menyesuaikannya bagi tugas-tugas yang mungkin dipanggil untuk melaksanakannya dan Seksyen 11 (1) Akta Pasukan Sukarelawan Malaysia 2012 (Akta 752) “Tiap- tiap majikan hendaklah jika mana-mana orang dalam penggajiannya yang merupakan seorang anggota RELA dipanggil untuk menjalani latihan di bawah Akta ini, memberi orang itu apa-apa cuti selama tempoh latihan itu untuk membolehkan orang itu menjalani latihan”. Fungsi utama adalah untuk melahirkan modal insan yang berketerampilan, berkualiti, berintegriti dan kompeten melalui pelaksanaan latihan dan kursus dalam kalangan pegawai dan anggota RELA selaras dengan perkhidmatan teras Jabatan yang berlandaskan kepada Konsep 5K1P iaitu Keselamatan, Keamanan, Kesejahteraan, Keharmonian, Kesatuan dan Perpaduan Rakyat Malaysia. Fokus utama Pusat Latihan RELA adalah kepada pembentukan sahsiah dan disiplin pegawai dan anggota RELA selaras dengan identiti RELA sebagai sebuah badan beruniform serta fungsi Jabatan dalam mencapai visi, misi dan objektif yang ditetapkan. Terdapat sebanyak empat (4) pusat latihan RELA seperti berikut: Akademi Latihan RELA Malaysia (ALARM) Dibina di atas tanah Lot 2483 seluas 12.154 hektar yang telah dirizabkan di bawah Seksyen 62 (1) KTN 1995 dan disiarkan di dalam Warta Kerajaan No. 338 bertarikh 16 Ogos 1990. Lot 2714 seluas 3.441 hektar adalah merupakan tapak tambahan Akademi Latihan RELA Malaysia yang telah diluluskan oleh Pihak Berkuasa Negeri pada tahun 1991 yang mana telah dinyatakan dalam maklumat Tanah Rizab Persekutuan, keterangan kegunaan tanah adalah Akademi Latihan RELA Malaysia dan bertempat di Batu 14 KM 21, Sungai Udang, 76300 Melaka. Pusat Latihan RELA Wilayah Timur (PLRWT) Dibina di atas tanah seluas 10.3986 hektar pada tahun 2000 dan siap sepenuhnya pada tahun 2002. Mula beroperasi pada tahun 2003. Terletak di Kawasan Kg Kemat, Mukim Tersat, Daerah Hulu Terengganu. Pusat Latihan RELA Wilayah Timur (PLRWT) beralamat di 21700, Kuala Berang, Terengganu Pusat Latihan RELA Wilayah Utara (PLRWU) Dibina di atas tanah seluas 59 hektar pada tahun 2003. Lokasi PLRWU adalah di Bukit Selambau, 08010 Sungai Petani Kedah. Pusat Latihan RELA Negeri Sabah (PLRNS) Dibina di atas tanah seluas 28.64 hektar pada tahun 2004 dan siap sepenuhnya pada tahun 2006. Mula beroperasi pada tahun 2007. Pusat Latihan RELA Negeri Sabah (PLRNS) terletak di Kawasan Kg. Ganyang, Jalan Sulaman, Tuaran. Alamat lengkapnya adalah Jalan Sulaman, Kg. Gayang, Peti Surat 867, 89208, Tuaran, Sabah.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy