Laporan Kajian Inisiatif Pemerkasaan Institut Latihan Awam (ILA) 2024

125 INSTITUT PENYIARAN DAN PENERANGAN TUN ABDUL RAZAK (IPPTAR) ASAS PENUBUHAN: Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (PPTAR) telah ditubuhkan pada tahun 1971 dan dikenali sebagai Pusat Latihan Penyiaran Negara bertempat di Rumah Persekutuan, Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Penubuhannya dicadangkan oleh Kesatuan Penyiaran Asia-Pasifik (ABU) dan UNESCO. Penubuhan pusat latihan ini bertujuan untuk melatih kakitangan Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) pada waktu itu, merangkumi semua bidang penyiaran seperti pengaturan rancangan, pembuatan berita, reka bentuk set, serta kursus-kursus teknikal dalam mengendalikan peralatan penyiaran. Pada tahun 1975, Pusat Latihan Negara berpindah ke Kompleks Angkasapuri dan dinamakan sebagai Institut Penyiaran Tun Abdul Razak (IPTAR). la menjadi institusi nasional yang menyediakan kursus-kursus profesional dalam bidang penerbitan rancangan, kejuruteraan penyiaran televisyen dan radio. Di institusi penyiaran ini, pelbagai latihan secara formal disediakan untuk meningkatkan prestasi, kemahiran dan kreadibiliti warga kerja RTM. Di samping itu, ia juga melatih penyiar-penyiar dari luar negara di bawah Program Kerjasama Teknikal Malaysia (PKTM / MTCP) semenjak tahun 1984. IPTAR melebarkan sayap pada tahun 2008 setelah dinaik taraf menjadi Jabatan tersendiri di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan. la kemudiannya dikenali sebagai Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR). Tahun 2016 IPPTAR terus mengorak langkah dengan transformasi organisasi untuk menjadi pusat kecemerlangan bagi melahirkan pengamal media yang profesional merangkumi tiga (3) bidang utama di bawah Kluster Industri Kreatif, Kluster Kejuruteraan Penyiaran dan Kluster Komunikasi Strategik. Ketiga-tiga kluster ini digarap bagi meningkatkan imej IPPTAR sebagai pusat latihan penyiaran bagi pengamal media secara bersepadu dan unggul. No. FUNGSI/PERANAN TANDAKAN (√) KOMPLEKSITI CATATAN 1. Pusat Fasiliti √  Studio TV  Bilik OBS  Bilik Suntingan Video ( Non-Linear Editing Suite )  Studio Pelbagai Guna ( Multi-Purpose Studio )  Bilik Edit/Ingest  Studio Radio (2 Konti Radio)  Studio Drama  Makmal Sistem Automasi Radio  Studio Fotografi  Bilik Solek  Dewan Dinamik (50) Sangat kerap - kegunaan peserta semasa pelaksanaan kursus dalaman - penggunaan fasiliti oleh Jabatan/agensi/ kementerian serta agensi swasta TAHAP TRANSFORMASI ( TRANSFORMATIONAL )

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy