Laporan Kajian Inisiatif Pemerkasaan Institut Latihan Awam (ILA) 2024
110 INSTITUT LATIHAN KESELAMATAN PERLINDUNGAN MALAYSIA (ILKEM) ASAS PENUBUHAN: Arahan Keselamatan (Semakan dan Pindaan 2017) (Perkara 164: Pendidikan Keselamatan Perlindungan). ILKEM yang pada awalnya dikenali sebagai Bahagian Latihan dan Kompetensi merupakan salah satu bahagian di Ibu Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO), Putrajaya dan bertanggungjawab menyediakan latihan keselamatan perlindungan kepada semua pegawai awam serta agensi swasta yang berkaitan meliputi aspek keselamatan fizikal, dokumen, personel dan keselamatan ICT secara profesional dan berkesan. Kursus-kursus bagi tempoh sebelum tahun 2011 dilaksanakan oleh CGSO di bilik latihan yang disediakan di Ibu Pejabat CGSO di Kompleks Setia Perdana berikutan pelaksanaan kursus hanya dalam skala yang kecil. Sehubungan itu, bagi menampung keperluan dan peningkatan kapasiti pengoperasian Bahagian Latihan dan Kompetensi CGSO, pembinaan fasa satu (1) melibatkan Blok Pentadbiran yang dikhususkan untuk pelaksanaan kursus dan latihan telah berjaya disiapkan pada tahun 2011 di Bandar Enstek, Negeri Sembilan. Pembinaan blok ini menempatkan pejabat pentadbiran dan bilik- bilik kuliah bagi pelaksanaan kursus yang ditetapkan. Seterusnya bagi meningkatkan keupayaan dan pelaksanaan kursus dengan lebih efisien, pembinaan bangunan fasa dua (2) telah berjaya disiapkan pada tahun 2021. ILKEM telah mula beroperasi sejak tahun 2011 hingga kini, dengan keluasan keseluruhan sebanyak 20 ekar (80,930.2 meter persegi). No. FUNGSI/PERANAN TANDAKAN (√) KOMPLEKSITI CATATAN 1. Pusat Fasiliti √ Bilik Tutorial (6 bilik/30-45 per bilik) Auditorium (94 pax) Dewan Serbaguna (1,000 pax- dalam pembinaan) Asrama Penginapan (202 pax) Dewan Makan (200 pax) Dewan Makan VIP (30 pax) Gelanggang Futsal (3 gelanggang dalam pembinaan) Surau Makmal Komputer (30 pax) Makmal Pengkhususan (Forensik, CTRR) Rentas Halangan Pusat Sumber Bilik Perbincangan (2 bilik/15/ 40 pax) Padang Kawad Gimnasium Bilik Jamuan (2 bilik/30 per bilik) Bilik Mesyuarat (50 pax) Bilik Menunggu VIP Blok Pentadbiran (dalam proses pembaikan - bilik kuliah (6 bilik), makmal komputer, surau, bilik mesyuarat, kafetaria) Tinggi
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy