Laporan Kajian Inisiatif Pemerkasaan Institut Latihan Awam (ILA) 2024

107 AKADEMI PERIKANAN MALAYSIA (APM), JABATAN PERIKANAN MALAYSIA ASAS PENUBUHAN: Usaha Kerajaan dalam memberikan latihan kepada para nelayan di negara ini telah bermula dengan penubuhan sebuah Sekolah Perikanan Laut di Gelugor, Pulau Pinang pada tahun 1952. Ini diikuti pula dengan penubuhan sebuah lagi Sekolah Perikanan Laut, di Seberang Takir, Kuala Terengganu pada tahun 1963 khusus bagi menampung keperluan latihan para nelayan daripada negeri-negeri Pantai Timur Semenanjung. Menyedari keperluan semasa dan mengambil kira perkembangan pesat dalam industri perikanan, sebuah institut yang dikenali sebagai Institut Latihan Perikanan Malaysia (ILPM) telah ditubuhkan sebagai usaha positif untuk memajukan industri perikanan negara, dengan bantuan dan kerjasama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu melalui Badan Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO). Institut Latihan Perikanan Malaysia (ILPM) mula beroperasi pada 5 November 1969 di Batu Maung, Pulau Pinang dan berfungsi sepenuhnya pada awal tahun 1972. Pada Jun 1992, ILPM telah berpindah ke kompleks baharunya di Chendering, Kuala Terengganu dari lokasi asalnya di Pulau Pinang. Kompleks baru yang mempunyai kelengkapan dan kemudahan latihan lebih moden ini dibina dengan belanja sekitar RM18 juta dengan bantuan Kerajaan Jepun di bawah Program JICA. Kompleks baharu ini bukan sahaja menawarkan pelbagai kursus dan latihan kepada nelayan, penternak dan pengusaha-pengusaha industri perikanan tetapi juga memainkan peranan di dalam memberikan latihan kepada kakitangan Jabatan Perikanan Malaysia. Pada awal tahun 1999, nama ILPM telah ditukar kepada Institut Perikanan Malaysia bagi mencerminkan peranannya yang lebih aktif dalam membangun dan memajukan industri perikanan negara. Institut Perikanan Malaysia telah dijenamakan semula sebagai Akademi Perikanan Malaysia pada April 2014. Mulai tahun 2022, APM telah mula menerima permohonan penggunaan fasiliti bagi program-program kursus yang dianjurkan oleh Kementerian, Jabatan dan Agensi lain. No. FUNGSI/PERANAN TANDAKAN (√) KOMPLEKSITI CATATAN 1. Pusat Fasiliti √  Dewan Besar (300 orang tanpa meja)  Bilik Mesyuarat Paus (15 orang)  Bilik Kuliah (6 Bilik, 25 orang per bilik)  Dewan Utama 2 (50 orang)  Bilik Komputer (26 unit komputer)  Asrama (Bilik Berempat 27 unit untuk 108 orang, Bilik Berdua 15 unit untuk 30 orang, Bilik Tetamu 2 unit untuk 2 orang)  Dewan Makan (100 orang)  Surau (80 orang)  Fasiliti Sukan (Bola Tampar, Takraw, Tenis, Bola Jaring, Futsal, Padang Bola Sepak, Badminton)  Bilik Peperiksaan Sangat kerap

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy