Laporan Kajian Inisiatif Pemerkasaan Institut Latihan Awam (ILA) 2024
104 AKADEMI KENEGARAAN MALAYSIA (AKM) ASAS PENUBUHAN: Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) sebelum ini dikenali sebagai Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan (i-LEAD) merupakan institusi di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bercirikan Centre of Excellence (CoE) yang memfokuskan kepada bidang pembangunan latihan kepimpinan belia. Modul-modul pembangunan kenegaraan dan kepimpinan digunakan untuk mendidik para belia supaya menjadi individu yang patriotik, membentuk jati diri, serta memupuk kesepaduan nasional bagi melahirkan warganegara yang bertanggungjawab. Pada 1 Januari 2024, i-LEAD secara rasminya telah berpindah fungsi ke Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan dikenali sebagai Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) dan ditempatkan di bawah kelolaan Pejabat Perdana Menteri. Rasionalisasi pemindahan Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) ke Jabatan Perdana Menteri (JPM) adalah untuk memusatkan dan menyelaras modul latihan kenegaraan dan kepimpinan di bawah satu (1) agensi pusat, dengan memberi fokus yang lebih besar kepada usaha pembinaan negara bangsa (nation building) dan pembangunan kepimpinan. Ia juga bertujuan memperluas skop modul latihan agar lebih khusus dan melibatkan kumpulan sasaran yang lebih menyeluruh, merangkumi semua lapisan masyarakat termasuk pemimpin negara, kakitangan kerajaan, belia, komuniti setempat serta komuniti digital, berbanding sebelum ini yang hanya menumpukan kepada golongan belia sahaja. No. FUNGSI/PERANAN TANDAKAN (√) KOMPLEKSITI CATATAN 1. Pusat Fasiliti √ Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) mempunyai Institut Kenegaraan Perdana (IKP) dan 17 Pusat Latihan Kenegaraan (PLK) iaitu: Zon Utara PLK Kaki Bukit, Perlis PLK Langkawi, Kedah PLK Kulim, Kedah PLK Balik Pulau, Pulau Pinang Zon Tengah IKP, Kuala Lumpur PLK Ulu Kenas, Perak PLK Meru, Selangor PLK Tanjung Rhu, Selangor Zon Selatan PLK Ulu Sepri, Negeri Sembilan PLK Alor Gajah, Melaka PLK Gunung Pulai, Johor Zon Pantai Timur PLK Bukit Sagu, Pahang PLK Maran, Pahang PLK Lipis, Pahang Penggunaan IKP/PLK Januari – Ogos 2024 Program AKM – 418 Kelulusan penggunaan PLK oleh Agensi Luar – 25 Jumlah Keseluruhan: 443 Program
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy