Laporan Kajian Inisiatif Pemerkasaan Institut Latihan Awam (ILA) 2024
96 11. Penilaian Kompetensi -Tiada- 12. Penganjuran Program Utama Berkala Peringkat Nasional -Tiada- 13. Penawaran Kursus Terbuka dan Melibatkan Peserta Antarabangsa -Tiada- 14. Penganjuran Program Berkala Peringkat Antarabangsa -Tiada- INTAN KAMPUS WILAYAH UTARA (INTURA) ASAS PENUBUHAN: Kampus INTAN Wilayah Utara atau lebih dikenali sebagai INTURA, mula beroperasi di Sungai Petani, Kedah pada bulan April 1983. Berkeluasan 50 ekar, perasmian kampus ini telah disempurnakan pada 21 Julai 1983 oleh DYMM Sultan Kedah pada ketika itu iaitu Almarhum Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah. Selaras dengan moto ‘Latihan Untuk Pembangunan’, INTURA menggalas tanggungjawab membangunkan modal insan perkhidmatan awam dengan memberi latihan yang berkualiti dan berkesan dalam pelbagai bidang seperti pengukuhan pasukan, pengurusan, pembangunan diri, kewangan, ICT, kualiti dan etika. Selaras dengan keperluan terhadap program pengukuhan pasukan, INTURA telah dipilih dalam kalangan lima (5) kampus wilayah untuk menjadi Pusat Kecemerlangan Pengukuhan Pasukan. Pelaksanaan Kursus Pengukuhan Pasukan di INTURA diperkukuhkan lagi dengan pembinaan INTAN Leadership Development Park (iLEAD Park) pada tahun 2014 yang mengandungi 15 halangan elemen rendah. Bagi mempelbagaikan lagi aktiviti dalam kursus tersebut, pada tahun 2016, INTAN Challenge Cube (InCUBE) yang mengandungi aktiviti tali tinggi dan bilik gelap telah dibina sebagai salah satu komponen tambahan kepada iLEAD Park. Penganjuran program pengukuhan pasukan turut melibatkan aktiviti luar bilik kuliah yang sentiasa terdedah kepada pelbagai risiko. Bagi memastikan keselamatan fasilitator dan peserta berada pada tahap maksimum, setiap fasilitator dibekalkan dengan pelbagai ilmu dan kemahiran berkaitan pertolongan cemas, menyelamat dan pengendalian aktiviti luar. No. FUNGSI/PERANAN TANDAKAN (√) KOMPLEKSITI CATATAN 1. Pusat Fasiliti √ iLEAD Park InCUBE @ iLEAD-PARK Dewan Razak (auditorium) (50 orang) Dewan Rahman (80 orang) Dewan Jubli Perak (200 orang) Dewan Hussein (100 orang) Bilik Mesyuarat Bestari (30 orang) Bilik Kuliah As-Siddiq (50 orang) Penggunaan kerap
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy