Laporan Kajian Inisiatif Pemerkasaan Institut Latihan Awam (ILA) 2024

86 AKADEMI PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA (MACA) ASAS PENUBUHAN: Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) mula beroperasi di Kuala Lumpur pada tahun 2005. Perasmian MACA ini telah disempurnakan pada 12 Disember 2005 oleh Perdana Menteri Malaysia ketika itu, YAB Tun Abdullah Ahmad Badawi. MACA menggalas tanggungjawab membangunkan modal insan yang kompeten dalam usaha memerangi rasuah melalui latihan yang berkualiti dan berkesan dalam pelbagai bidang seperti Penyiasatan dan Forensik, Perisikan dan Pengesanan, AMLA, Perundangan dan Pendakwaan, Pencegahan Rasuah, Pembangunan Integriti Korporat, Latihan Asas. Penubuhan MACA adalah sebagai tanggungjawab untuk meningkatkan kemahiran dan profesionalisme pegawai-pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, melalui penyediaan kursus-kursus dalam perkhidmatan untuk modul penyiasatan, pendakwaan, perisikan, pendidikan masyarakat, pemeriksaan dan perundingan, tatacara kerja, pengurusan dan kewangan, keselamatan, kepimpinan, latihan kejurulatihan (Training of Trainers), teknologi maklumat serta pengajian bahasa terutamanya Bahasa Inggeris. No. FUNGSI/PERANAN TANDAKAN (√) KOMPLEKSITI CATATAN 1. Pusat Fasiliti √ Dewan, Dewan Kuliah, Bilik Kuliah, Gimnasium, Makmal Komputer, Moot Court, Perpustakaan, Dewan Makan, Dataran Kawad, Asrama Peserta, Bilik Mesyuarat, Surau, Bilik VIR, Gelenggang Bola Tampar Tertutup dan lain-lain 2. Pusat Tanggungjawab (PTJ) √ Memohon, menerima dan menguruskan peruntukan belanja mengurus 3. Penawaran Kursus Kompetensi Generik √ Kepimpinan, Protokol dan Istiadat, Penguasaan Bahasa, Pra-persaraan, TTT dan pengurusan kewangan 30 kursus (2023) 4. Penawaran Kursus Kompetensi Fungsian √ Penyiasatan dan Forensik, Perisikan dan Pengesanan, AMLA, Perundangan dan Pendakwaan, Pencegahan Rasuah, Pembangunan Integriti Korporat dan Latihan Asas 93 (2023) 5. Penerbitan -Tiada- 6. Penyelidikan -Tiada- 7. Konsultasi/Khidmat Rundingan -Tiada- TAHAP MATANG ( MATURE )

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy