Laporan Kajian Inisiatif Pemerkasaan Institut Latihan Awam (ILA) 2024

78 4. Penawaran Kursus Kompetensi Fungsian √ FAMA melalui Bahagian Pembangunan Modal Insan (PMI) telah membangunan modul pembelajaran untuk kegunaan kakitangan FAMA dan kumpulan sasaran. Modul ini akan ditawarkan oleh ILFKB dan memberikan fokus pembangunan kompetensi di Pantai Timur. Modul yang dibangunkan adalah: 1. Digital Zone Appreantice 2. Modul Pemanduan Berhemah 3. Modul Pengacaraan Majlis 5. Penerbitan -Tiada- 6. Penyelidikan -Tiada- 7. Konsultasi/Khidmat Rundingan -Tiada- 8. Pembangunan Tenaga Pengajar Bertauliah -Tiada- 9. Pembangunan Modul Latihan yang Mematuhi Standard √ ILFKB bersama Bahagian Pembangunan Kapasiti Latihan Pertanian (BPKLP) KPKM membangunan Written Instruction Manual (WIM) bagi tujuan pembelajaran. Pembangunan WIM ini adalah berdasarkan kepada National Ocupational Skills Standard (NOSS) yang dibangunkan oleh pihak Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). Modul ini digunakan bagi tujuan pembelajaran dan pengajaran kepada pelatih - pelatih di ILFKB Kerap: NOSS dibangunkan oleh pihak JPK setiap 5 tahun. WIM akan ditambah baik setiap tahun mengikut kepada keperluan semasa dan keperluan industri. 10. Lantikan ILA sebagai Pusat Tauliah √ ILFKB (K06035) merupakan sebuah pusat bertauliah yang berdaftar dengan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) yang melaksanakan program TVET Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dengan mode pengajian sepenuh masa. Pentauliahan ILFKB bermula dari tahun 2017 sehingga kini dengan kapasiti pengambilan pelatih seramai 75 orang dalam satu (1) masa. Kerap: Pengambilan pelatih 2 kali setahun pada ambilan bulan Mac dan September

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy