Laporan Kajian Inisiatif Pemerkasaan Institut Latihan Awam (ILA) 2024
67 Peranan PPSM peringkat Kementerian dan Jabatan telah dinyatakan di bawah DLSA dan MyPerformance dan pelaksanaan aktiviti pembangunan kompetensi modal insan akan dipertanggungjawabkan kepada ILA yang terlibat. ILA perlu melaksanakan fungsi dan peranannya dalam menyokong ketetapan PPSM dan dasar sumber manusia sedia ada. Oleh itu, ILA perlu diperkasakan melalui peranan seperti Rajah 32 . Rajah 32: Peranan ILA 5.4 Pengukuhan Tadbir Urus Kualiti (Dasar) DLSA telah menyatakan peranan Majlis Latihan Sumber Manusia Sektor Awam (MLSA) untuk mengawal selia kualiti dan penambahbaikan di ILA sedia ada. Ia merupakan platform tertinggi yang menghubungkan pihak JPA dengan semua Kementerian dan ILA. Majlis ini dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dan ahlinya terdiri daripada semua KSU dan TKSU JPM. Urus setia bagi majlis ini adalah Bahagian Pembangunan Modal Insan (BMI) dan majlis bersidang secara berkala. Dasar ini sedang disemak dan dikaji semula oleh BMI untuk versi yang penambahbaikan, dan pekeliling berkaitan dijadualkan akan dikeluarkan pada tahun 2025. Struktur dan tanggungjawab majlis ini berrdasarkan pekeliling sedia ada adalah seperti Rajah 33 .
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy