Laporan Kajian Inisiatif Pemerkasaan Institut Latihan Awam (ILA) 2024

65 5.2 Penarafan dan Hala Tuju ILA ke Arah Pusat Kecemerlangan (COE) Usaha pembaharuan dan pemerkasaan perlu berasaskan kepada tahap sedia ada dan hala tuju ingin dicapai untuk jangka masa panjang supaya ILA kekal relevan, segar dan dinamik. Oleh itu, terdapat enam (6) tahap kategori yang dicadangkan untuk membimbing ILA ke arah tahap yang lebih baik, berdasarkan kompleksiti fungsi dan peranan. Sasaran akhir setiap ILA adalah menjadi Pusat Kecemerlangan ( Centre of Excellence - COE ) bagi Bidang Pengkhususan dan Kepakaran dalam sektor awam. Penarafan ILA secara berperingkat ini akan memberi manfaat kepada pihak PSM Kementerian/Jabatan, warga ILA dan pegawai awam yang menjadi peserta. JPA boleh melibatkan ILA dalam peranan pembangunan bakat serta kepakaran pegawai ILA ke peringkat tertinggi, sekaligus memberi impak positif terhadap penyuburan bidang baharu yang perlu diperluaskan. Selain itu, JPA juga boleh menetapkan kriteria berdasarkan tahap kategori ILA untuk pertimbangan pembangunan kepakaran di dalam dan luar negara menggunakan dana JPA. Penarafan tahap-tahap kategori ILA adalah seperti Rajah 29 . Rajah 29: Penarafan Tahap Kategori ILA 5.3 Pengukuhan Peranan Tiga (3) Pihak Sebagai agensi pusat, JPA memainkan peranan yang sangat penting dalam merangka dasar yang akan dipatuhi oleh pihak BPSM Kementerian/Jabatan serta ILA sebagai pelaksana dasar bagi memastikan pelaksanaan yang berkesan dan menyeluruh. Terdapat lima (5) pihak yang berperanan penting iaitu Bahagian

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy