Laporan Kajian Inisiatif Pemerkasaan Institut Latihan Awam (ILA) 2024
62 BAB 5 - SYOR Berdasarkan rumusan tujuh (7) analisis yang telah dilaksanakan termasuk dapatan 13 sesi lawatan serta taklimat , hasil kajian telah membangunkan kerangka inisiatif pemerkasaan ILA, tiga (3) Strategi Utama , lapan (8) Sub Strategi dan senarai Pelan Tindakan untuk panduan dan rujukan pihak BPSM Kementerian/Jabatan, ILA dan pemegang taruh. 5.1 Kerangka Inisiatif Pemerkasaan ILA Kerangka yang dibangunkan telah mengambil kira penjajaran visi, fungsi dan peranan ILA perlu selari dengan aspirasi agenda nasional di bawah pelan strategik jangka masa panjang Kerajaan iaitu MyDigital, Ekonomi MADANI, Sustainable Development Goals (SDG), Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam, Rancangan Malaysia Lima Tahun (RMLT) dan Pelan Strategik Pendigitalan Sektor Awam (PSPSA). Elemen-elemen baharu sedia ada seperti GovTech dan akan datang perlu diambil kira dari masa ke masa. Berdasarkan pelan-pelan strategik peringkat nasional, Kementerian dan Jabatan juga perlu memastikan pelan strategik peringkat masing- masing perlu selari dengan sasaran agenda nasional. Faktor Kejayaan Utama (Key Success Factor) bagi inisiatif pemerkasaan ILA adalah DLSA dan MyPerformance. Oleh itu, pihak JPA serta BPSM Kementerian/Jabatan berperanan untuk memastikan dasar pembangunan dan pengurusan sumber manusia sektor awam tersebut dilaksanakan secara teratur dan menyeluruh melalui peranan penting ILA. Untuk memperkasakan fungsi dan peranan ILA, maka organisasi ini perlu mempunyai hala tuju yang jelas dan menjadi ILA yang Dinamik, Segar dan Seiring dengan Persekitaran Digital. Ia perlu diterjemahkan melalui Strategi Utama, Sub Strategi dan Pelan Tindakan yang perlu dilaksanakan oleh ILA dengan panduan dan sokongan pihak BPSM Kementerian/Jabatan. Kerangka Inisiatif Pemerkasaan ILA yang dibangunkan adalah seperti Rajah 25 . Ringkasan mengenai butiran di bawah dasar sumber manusia sedia ada adalah seperti Rajah 26 dan maklumat tambahan mengenai inisiatif pemerkasaan ILA adalah seperti Rajah 27.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy