e-Brosur Leadership Assessment Programmes (LEAPs)

KLASIFIKASI PETUNJUK BAND J/E/M LEAPs 13 KLASIFIKASI PETUNJUK MARKAH BAND HURAIAN KEPUTUSAN 5 CEMERLANG Konsisten dalam mencapai hasil yang memberangsangkan dan mencabar, dengan menonjolkan potensi diri yang cemerlang. Sangat berpengalaman di gred semasa dan diperakukan sebagai pemimpin. Bersedia menggalas tanggungjawab bagi jawatan yang lebih strategik dalam organisasi. MELEPASI ARAS YANG DITETAPKAN (LULUS) 4 BERPOTENSI TINGGI Berpengalaman pada gred semasa dan berpotensi tinggi serta mampu memberikan impak pada organisasi. Bersedia untuk didedahkan dengan pelbagai peranan dan tanggungjawab yang lebih mencabar dalam organisasi. 3 BAIK Berpengalaman pada gred semasa dan mampu menonjolkan potensi yang baik, namun masih mempunyai ruang untuk digilap bagi mencapai prestasi yang optimum. Perlu berusaha untuk membangunkan diri bagi memikul tanggungjawab yang lebih besar dalam organisasi. 2 JANJI AWAL Kemampuan ditahap sederhana dengan mempamerkan potensi awal yang masih perlu digilap dalam jangka masa panjang. Perlu berusaha dengan lebih gigih untuk membangunkan diri bagi memikul tanggungjawab yang lebih besar dalam organisasi. TIDAK MELEPASI ARAS YANG DITETAPKAN (GAGAL) 1 TIDAK KONSISTEN Kemampuan ditahap lemah dengan jurang kompetensi yang besar. Potensi tidak konsisten atau menunjukkan tingkah laku yang tidak seiring dengan ciriciri kepimpinan. Perlu memperbaiki diri dan berusaha dengan lebih gigih dan membangunkan diri bagi memikul tanggungjawab yang lebih besar dalam organisasi.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy