PERINCIAN MLEAP Penilaian Profiling Laporan Pemeriksaan Kesihatan Laporan perlu dimuat naik di dalam Modul Rekod Peribadi HRMIS sebelum menjalani sesi penilaian Ujian Psikometrik Ujian dan taklimat dilaksanakan oleh Bahagian Pengurusan Psikologi, JPA English Language Enhancement Programme (ELEP) Melibatkan tiga (3) komponen penilaian iaitu skil Membaca, Menulis dan Bertutur 10 Commentary Session Aktiviti berkumpulan dalam Bahasa Inggeris yang memerlukan analisis dan tafsiran isu/ permasalahan berdasarkan kemahiran serta pengetahuan. Melontarkan idea serta pandangan secara menyeluruh Sesi Percambahan Minda Aktiviti berkumpulan dalam Bahasa Melayu bagi membincangkan tajuk yang ditugaskan dengan melontarkan seberapa banyak idea, pandangan dan solusi dalam masa yang singkat dan berupaya untuk mensintesiskan menjadi idea baharu Pengurusan Krisis dan Perubahan Perbincangan dalam Bahasa Melayu yang menggunakan pengalaman sebagai rujukan, berkeyakinan dalam memberikan pandangan serta mahir dalam menguruskan pelbagai situasi ketika perbincangan Strategic Thinking Pembentangan individu dalam Bahasa Inggeris yang menguji kebolehan menganalisis secara kritikal dan mencadangkan penyelesaian yang substantif atau alternatif yang mempunyai nilai tambah Pemikiran Strategik Pembentangan individu dalam Bahasa Melayu yang menguji kebolehan menganalisis secara kritikal dan mencadangkan penyelesaian yang substantif atau alternatif yang mempunyai nilai tambah
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy