Koleksi Teks Ucapan KPPA Datuk Seri Borhan bin Dolah

6 MerujukDewanBahasadanPustaka (DBP), kata “makmur”membawa makna serba cukup dan tidak kurang apa-apa. Laporan The Legatum Prosperity Index yang dikeluarkan oleh Legatum Institute pada tahun 2018, Malaysia berada di tangga ke-44 daripada 149 buah negara yang dinilai dari aspek kemakmuran. Dalam kalangan negara Asia Tenggara, Malaysia tersenarai sebagai negara kedua palingmakmur selepas Singapura . Indeks Kemakmuranmelaporkan kualiti ekonomi Malaysia pada tahap yang memberangsangkan iaitu di tangga ke-22 terbaik dunia . Memetik kata-kata Daren Acemoglu, penulis buku Why Nations Fail 1 : Dalam Bajet 2019 disarankan penstrukturan ekonomi bagi meletakkan Malaysia pada kedudukan yang lebih kukuh bagi memastikan kemakmuran kepada rakyat. Dalam Kajian Separuh Penggal RMKe-11 , keutamaan dan penekanan baharu digarap untuk mereformasi dasar dan sasaran sosioekonomi sedia ada bagi tempoh 2018 hingga 2020. Penjawat awam harus melaksanakan dasar-dasar kerajaan dan menjadi pengantara di antara kerajaan yang memerintah dan rakyat. Cabaran Malaysia pada hari ini ialah peningkatan daya saing global melalui pertumbuhan produktiviti bagi mengekalkan pembangunan ekonomi seiring dengan aspirasi Malaysia menjadi 1 Buku ini ditulis oleh ahli ekonomi Turki-Amerika Daron Acemoglu dari Institut Teknologi Massachusetts dan pakar sains politik British, James A. Robinson dari University of Chicago. “Institusi politik dan ekonomi yang dipilih oleh rakyat akan menjadi inklusif dan menggalakkan pertumbuhan ekonomi, atau institusi tersebut juga boleh menarik keluar dan menggagalkan pertumbuhan ekonomi. Negara akan gagal mencapai pertumbuhan ekonomi tanpa jalinan sokongan antara institusi politik dan ekonomi.”

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy