Koleksi Teks Ucapan KPPA Datuk Seri Borhan bin Dolah

86 Sebagai penjawat awam, amalan tabayyun di media sosial menjadi aspek penting dalam memperoleh dan menyebarkan sebarang maklumat. Amalan menyelidik dan mengkaji setiap maklumat yang diterima dengan memastikan sumbernya sah, membolehkan kita mendapat maklumat lebih tepat sambil mengelak berlakunya salah faham serta fitnah. Justeru itu, jiwa merdeka perlu sentiasa dihidupkan dan dihayati. Kemerdekaan tidak mungkin dapat dirasai tanpa kesepakatan, permuafakatan dan perpaduan yang kukuh di kalangan kita. Kita perlu merungkai dan menghadapi cabaran digital ini dengan penuh keilmuan dan minda kelas dunia. Tema hari kebangsaan pada tahun ini ialah “Sayangi Malaysiaku, Malaysia Bersih”. Nilai-nilai hidup harmoni bersama, menerima perbezaan, berkongsi citarasa dan bersemangat waja perlu sentiasa dihayati dan diamalkan untuk kesejahteraan bersama. Kemerdekaan merupakan hasil pengorbanan generasi terdahulu. Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab generasi kini untuk mengekalkan kemerdekaan dan keharmonian negara. Selain tuntutan pengorbanan untuk mengekalkan kemerdekaan, perubahan yang dituntut dalam era digital kini juga perlukan pengorbanan. Dan, pada minggu hadapan pula, kita akan menyambut Hari Raya Aidiladha atau dikenali juga dengan nama Hari Raya Korban. Dengan itu, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha dan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan yg ke-62. Semoga usaha, pengorbanan dan keikhlasan kita sebagai anggota perkhidmatan awam yang menjadi tonggak ke arah kemakmuran negara sentiasa diberkati Allah dan mudah-mudahan membawa nikmat dan kebahagiaan kepada kita semua, InsyaAllah. Sekian, Wabillahitaufik Walhidayah Wassallamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy