Koleksi Teks Ucapan KPPA Datuk Seri Borhan bin Dolah

85 bidang pendidikan, bilik darjah akan berkonsepkan pembelajaran digital atau pembelajaran secara maya dengan menggunakan teknologi Virtual Reality (VR). Lanskap industri dan jenis pekerjaan juga sudah mula berubah apabila senario pekerjaan masa depan akan lebih tertumpu kepada jenis pekerjaan baru umpamanya pembangun aplikasi pintar, jurutera program mudah alih dan pakar teknologi. JPA perlu membangunkan dan melengkapkan modal insan sektor awam dalam bidang sains, teknologi dan rekabentuk bagi memastikan pembangunan bakat yang memenuhi keperluan industri masa hadapan. Ini kerana, pasaran kerja pada masa hadapan akan dipenuhi dengan tenaga kerja berkemahiran tinggi, kreatif dan mempunyai pemikiran yang kritis dengan perubahan skop kerja yang signifikan. Tanggal 31 Ogos tahun ini (2019), maka genaplah 62 tahun kita mencapai kemerdekaan negara. Menghargai kemerdekaan bermakna mensyukuri nikmat kebebasan dari belenggu penjajahan dengan membolehkan anak bangsa sendiri mengurus dan membangunkan tanah airnya mengikut acuan, citarasa serta menepati keperluan sebenar warganya. Mengimbas kembali 62 tahun yang lalu, Sektor Awam telah mencapai tahap kemajuan yang membanggakan ke arah pemerkasaan penyampaian perkhidmatan kerajaan. ICT telah memainkan peranan yang besar sejak mula diperkenalkan pada tahun 1960-an sebagai Era Pemprosesan Data, dan berkembang dengan Era Pengkomputeran pada tahun 1970- 1980an. Era Koridor Raya Multimedia (MSC) pula dimulakan pada 1990-an dan seterusnya Era Transformasi Digital pada tahun 2000. Hari ini, kita menempuhi cabaran yang lebih dalam bentuk digital, penjajahan minda, kekangan ekonomi dan persepsi. Malah, ledakan maklumat yang bergerak sepantas kerlipan mata, memungkinkan kita terjajah oleh kepalsuan berita. Ketirisan ilmu untuk kita menilai buruk baik dan padah sesuatu, memungkinkan kita dijajah semula dalam bentuk tindakan dan pemikiran.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy