Koleksi Teks Ucapan KPPA Datuk Seri Borhan bin Dolah

84 kehendak ekonomi masa depan. Menurut YB Menteri Kewangan Malaysia, Ekonomi digital Malaysia secara purata telah meningkat 9% setahun dalam terma tambah nilai (value-added terms) antara tahun 2010 hingga 2016. Ini lebih pantas daripada pertumbuhan KDNK keseluruhan Malaysia. Di samping itu, Perbadanan Data Antarabangsa (IDC) meramalkan bahawa menjelang 2022, ekonomi digital akan menyumbang kepada lebih 21% daripada KDNK Malaysia berbanding paras semasa sebanyak 18%. Oleh itu, sektor awam mempunyai peranan yang besar sebagai peneraju dengan lebih celik digital untuk menyokong inisiatif- inisiatif ke arah pencapaian ekonomi digital yang diharapkan. Sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan juga perlu diperkemas bagi menepati ciri ‘keseluruhan kerajaan’ yang bersepadu dengan menawarkan pelbagai platform perkhidmatan digital bagi menyokong operasi perniagaan, sekali gus mengurangkan tempoh transaksi dan kos. Cabaran digitalisasi ini memerlukan pengorbanan warga perkhidmatan awam dalam peningkatan keupayaan dan kemahiran untukmelahirkan tenaga kerja yangkompetitif,produktif dan relevan dengan keperluan masa hadapan. Bagi menghadapi cabaran ini, penjawat awam mestilah mahu berubah dan mempertingkatkan kemahiran dan keupayaan digital melalui program upskilling and reskilling untuk menjadi tenaga kerja digital (digital workforce). Justeru itu, warga JPA perlulah lebih bersedia dengan cabaran revolusi digital ini yang bakal mengubah cara penyampaian perkhidmatan kerajaan untuk memberikan perkhidmatan terbaik untuk rakyat. Merujuk petikan kata-kata Brian Tracy, seorang pakar motivasi dan penulis buku-buku pembangunan kendiri, “The most dangerous course of action is standing still in time of rapid change”. Lanskap penyampaian perkhidmatan semasa seperti perkhidmatan kaunter dan pendidikan yang memerlukan interaksi bersemuka secara fizikal mungkin tidak lagi relevan. Perkhidmatan kaunter boleh diganti dengan aplikasi atas talian atau robotik. Manakala di

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy