Koleksi Teks Ucapan KPPA Datuk Seri Borhan bin Dolah

83 dan memberikan kesan besar terhadap norma kerja dan kehidupan kita. Seiring dengan perkembangan teknologi pendigitalan dunia, kerajaan kita telah mengorak langkah memperkenalkan hala tuju pendigitalan negara. Usaha-usaha kerajaan dalam merealisasikan pendigitalan di Malaysia adalah berteraskan polisi-polisi kerajaan yang telah dibangunkan seperti Rangka Kerja Analitik Data Raya Negara, Rangka Kerja Kecerdasan Buatan Negara, Pelan Pendigitalan Perkhidmatan Kerajaan, Malaysian Government Enterprise Architecture, Hala Tuju Industri 4.0 Negara, Hala Tuju Internet Pelbagai Benda (IOT) Negara, Hala Tuju eCommerce dan Zon Perdagangan Bebas Digital. Selainitu,kerajaanjugasedangberusahamelaksanakanpengukuhan infrastruktur melalui Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP) serta pengagihan spektrum jalur lebar yang lebih berkesan. Ini akan memastikan setiap organisasi kerajaan, perniagaan dan paling penting rakyat, boleh memanfaatkan nilai sebenar pendigitalan secara pantas, berkesan dan selamat. Malaysia kini berada antara negara pertama di Asia dan dunia yang melancarkan infrastruktur kesalinghubungan generasi akan datang 5G dan dijangka dapat memanfaatkan sepenuhnya teknologi 5G dalam tempoh tiga tahun lagi. Kerajaan dalam usaha memperkenalkan hala tuju baharu ekonomi negara yang akan memastikan rakyat dapat menikmati kemakmuran bersama. Kemakmuran Bersama adalah usaha untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang terus menerus membangun secara mampan seiring dengan pengagihan ekonomi yang adil dan inklusif di setiap peringkat rantaian nilai, kelas, kaum dan geografi sehinggamewujudkan rasa keharmonian dan kestabilan di kalangan rakyat menjelang tahun 2030. Kerajaan komited untuk melaksanakan ekonomi digital dengan meletakkan Penstrukturan dan Penambahbaikan Ekosistem Perniagaan dan Industri Negara sebagai teras utama dalam hala tuju ekonomi negara supaya kekal relevan dan memenuhi

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy