Koleksi Teks Ucapan KPPA Datuk Seri Borhan bin Dolah

82 kehidupan seharian.Menurut Gartner, penggunaan teknologi digital ini akanmengubahmodel bisnes, menyediakan pendapatan baharu dan peluang penghasilan nilai (value-producing opportunity). Hasil tinjauan Kementerian Komunikasi MultimediaMalaysia (KKMM) mendapati rakyat Malaysia merupakan antara masyarakat dunia yang paling tinggi berhubung secara digital dengan kira-kira 87% mempunyai akses internet dan sebahagian besarnya menggunakan rangkaian mudah alih. Ini jelas menunjukkan bahawa aktiviti atas talian merupakan satu budaya hidup bagi rakyat Malaysia kini. Trend perkhidmatan digital pada masa kini adalah terdiri daripada Perkhidmatan Dalam Talian dan Aplikasi Mudah Alih. Gaya hidup digital, masyarakat berurusan tanpa tunai, perniagaan berasaskan aplikasi, negara ‘pintar’ dan perkhidmatan alam maya merupakan antara budaya digital yang semakin berkembang. Justeru itu, konsep penyampaian perkhidmatan awam perlu segera berubah bagi menghadapi cabaran yang semakin kompleks, dalam usaha memberikan perkhidmatan yang berkualiti kepada rakyat. Penyampaianperkhidmatanperluditambahbaiksecarakomprehensif dengan mengambil kira cabaran dan perubahan semasa, sama ada di peringkat global atau domestik seperti gelombang teknologi digital, ekspektasi rakyat dan dominasi golongan milennial. Impak pendigitalan ini menuntut JPA bersedia menawarkan penjawat awam yang berfikiran, berkeupayaan dan berkemahiran digital untuk menyahut cabaran revolusi digital ini. Penjawat awam perlu berfikir secara kreatif dan inovatif bagi menambahbaik proses kerja sedia ada dalam memberi penyampaian perkhidmatan yang efisien serta efektif, pada masa yang sama perlu sentiasa mendukung prinsip integriti dan ketelusan dalam setiap perkara kerja. Kita sekarang sedang menghadapi Revolusi Perindustrian Ke- empat (IR 4.0) melibatkan teknologi automasi seperti kecerdasan buatan (AI), automasi robotik, pengkomputeran awan, Internet Pelbagai Benda (Internet of Things), analitik data raya dan realiti maya. Teknologi-teknologi ini akan membawa perubahan ketara

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy