Koleksi Teks Ucapan KPPA Datuk Seri Borhan bin Dolah

81 MENAKHODA PENDIGITALAN UNTUK MEMPERKASA PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN SEMPENA MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JPA ANJURAN BAHAGIAN PEMBANGUNAN DAN PENGURUSAN MAKLUMAT STRATEGIK 7 OGOS 2019 (RABU) AUDITORIUM JABATAN PERKHIDMATAN AWAM Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah Subhanahuwataala kerana atas keizinan dan rahmatNya, dapat kita bersama-sama pada pagi ini bersempena dengan Perhimpunan Bulanan JPA bagi Bulan Ogos 2019. Pertamanya, saya ingin merakamkan setinggi- tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Bahagian Pembangunan dan Pengurusan Maklumat Strategik, di atas penganjuran majlis perhimpunan bulanan pada hari ini. Tema Majlis Perhimpunan Bulanan JPA kita pada kali ini ialah Menakhoda Pendigitalan Untuk Memperkasa Penyampaian Perkhidmatan. Pendigitalan adalah proses mengubah maklumat ke dalam bentuk digital dan mengintegrasi teknologi digital dalam

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy