Koleksi Teks Ucapan KPPA Datuk Seri Borhan bin Dolah

80 perkhidmatan dan bertepatan dengan keperluan rakyat. Itulah hasrat yang cuba kita sampaikan melalui pelaksanaan DGCCR; mewujudkan perkhidmatan awam yang future proof bagi menghadapi keperluan Future of Works. Perancangan pelaksanaan DGCCR ini tidak hanya diutamakan di peringkat Persekutuan, tetapi juga di seluruh negeri di Malaysia. Ini kerana kita sedar, semua pegawai awam perlu berupaya untuk mengadaptasikan diri dalam lanskap perkhidmatan awam yang berlandaskan alam digital untuk terus kekal relevan. Negeri Sabah sesungguhnya sangat bertuah kerana merupakan negeri yang pertama yang kita kunjungi untuk pelaksanaan Program Pengurusan Perubahan DGCCR ini. Kita juga telah merancang beberapa sesi jerayawara ke seluruh Negara bagi memastikan DGCCR ini disebarluaskan ke seluruh Perkhidmatan Awam. Sekali lagi, saya ingin mengucapkan syabas dan setinggi tahniah kepada semua terutamanya rakan strategik kita iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Setiausaha Persekutuan Sabah dan Jawatankuasa Penganjuran Program Pengurusan Perubahan DGCCR Zon Sabah di atas dedikasi dan kerjasama yang telah diberi bagi memastikan kejayaan perjalanan program ini. Besarlah harapan saya agar semua warga Perkhidmatan Awam, terutamanya di Negeri Sabah dapat memanfaatkan segala input dan pengetahuan yang telah dikongsikan sepanjang program ini berlangsung yang seterusnya dapat menyumbang ke arah kecemerlangan Malaysia sebagai sebuah Negara Maju pada tahun 2025. Akhir kata, dengan lafaz Bismilahirahmanirahim, saya menutup Program Pengurusan Perubahan DGCCR – Zon Sabah ini. Sekian, Wabillahi Taufik Wal-hidayah, Wassalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy