Koleksi Teks Ucapan KPPA Datuk Seri Borhan bin Dolah

79 Bagi memacu dan menerajui pembangunan sumber manusia sektor awam, kita mesti sentiasa berpandangan jauh ke hadapan untuk memastikan pegawai awam terus kekal relevan bagi memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat. Kita sekarang sedang berhadapan dengan tsunami digital. Teknologi seperti IoT, Cloud, AI, Big Data, Block Chain, RPA, Virtual and Augmented Realities kini telah menguasai persekitaran kita dan boleh mengubah cara kita menjalani kehidupan seharian dan juga cara kita bekerja. Lanskap perkhidmatan awam juga telah banyak berubah. Teknologi telah mengubah cara kita bekerja dan menjadikan kita lebih efektif dan efisyen ke arah penyampaian perkhidmatan yang lebih baik kepada rakyat. Bagi memastikan pegawai awam sentiasa bersedia dengan ledakan teknologi baharu ini, semua pegawai awam di semua peringkat dan merentasi semua skim perlu diberi pendedahan dan dilengkapkan dengan keupayaan dan kemahiran digital. “The biggest part of digital transformation is changing the way we think, the way we look at our processes, the way we look at our people and our services to the Rakyat” Digital Government Competency and Capability Readiness atau lebih dikenali sebagai DGCCR telah dirangka sebagai satu inisiatif Kerajaan untuk membangunkan kompetensi dan keupayaan digital penjawat awam pada setiap peringkat dan peranan dalam usaha memberi penyampaian perkhidmatan digital yang terbaik kepada rakyat. Rangka DGCCR memberi penekanan kepada pemantapan keupayaan individu dan organisasi. Terdapat sebanyak 8 Individual Capabilities dan 17 Organizational Capabilities yang perlu diterapkan di dalam diri setiap pegawai awam. Pegawai awam yang berpengetahuan dan sentiasa peka terhadap perkembangan semasa akan berupaya membawa perubahan secara efektif dan menyumbang ke arah kecemerlangan sesebuah organisasi. Ini seterusnya akan memberikan impak yang tinggi terhadap kualiti

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy