Koleksi Teks Ucapan KPPA Datuk Seri Borhan bin Dolah

5 MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JPA ANJURAN INTAN 20 MAC 2019 (RABU) AUDITORIUM INTAN BUKIT KIARA A lhamdulillah syukur dipanjatkan kepada Allah S.W.T di atas penganjuran Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Perkhidmatan Awam bagi bulan Mac 2019. Di kesempatan ini juga saya ingin merakamkan takziah dan kesedihan kepada anggota keluarga mangsa yang terlibat dalam kejadian keganasan di dua masjid di Christchurch, New Zealand dan gempa bumi yang melanda Lombok Timur, Indonesia. Syabas kepada Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) atas penganjuran Majlis Perhimpunan Bulanan. Tema “Produktiviti dan Perpaduan Menjana Kemakmuran” bertepatan dengan tanggungjawab kita membangunkan negara dan mempertahankan keamanan serta keharmonian hubungan sesama kita. Tema baharu Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) iaitu "Peneraju Pembaharuan, Penggerak Perubahan" akan menambah baik tadbir urus, mendukung akauntabiliti dan ketelusan dalam pentadbiran Kerajaan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy