Koleksi Teks Ucapan KPPA Datuk Seri Borhan bin Dolah

76 Dalamera kemajuan teknologi pada hari ini, kitamelihat bijak pandai datangnya daripada pelbagai peringkat usia dalam perkhidmatan awam. Kepelbagaian potensi yang ada pada setiap individu ini perlu dikenalpasti dan digilap supaya dapat menghasilkan sesuatu yang hebat . Untuk itu, kita mengharapkan, di dalam memberi bekal janganlah sampai terlupa adat , dalam kita berbudi jangan sampai lupakan diri , dalam kita berusaha menjadi kuat, janganlah kita memuji diri. Kemakmuran Bersama - Malaysia sesebuah negara “yang terus menerus membangun secara mampan seiring dengan pengagihan ekonomi yang adil dan inklusif (equitable growth) di setiap peringkat rantaian nilai, kelas, kaum dan geografi” sehingga mewujudkan rasa keharmonian dan kestabilan di kalangan rakyat menjelang tahun 2030. Ia menjadi harapan segenap lapisan rakyat Malaysia. Wahai warga JPA sekalian, marilah kita berganding bahu, bulatkan tekad dan azam berusaha merealisasikan hasrat serta harapan tunggal rakyat Malaysia. Namun jangan dilupa Setulus Budi Membina Pertiwi harus disemat di dalam jiwa warga JPA sekalian supaya Perkhidmatan Awam Negara akan terus menjadi pasak yang membina, tunjang yang mengukuh pentadbiran negara. Akhir kalam, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Bahagian Pembangunan Modal Insan di atas penganjuran perhimpunan pada kali ini. Semoga di lain kesempatan kita bertemu lagi. Sekian, Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatulahi Wabarakatuh.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy