Koleksi Teks Ucapan KPPA Datuk Seri Borhan bin Dolah

75 inovatif dan perubahan mindset supaya lebih bersifat terbuka untuk mengatasi isu-isu yang diutarakan. Untuk mendepani cabaran-cabaran masakini, JPA perlu membangunkan dan menguruskan sumber manusia yang berkemahiran tinggi sebagai usaha berterusan untuk meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan awam dengan lebih berkesan. Malah di dalam era teknologi 5G, IoT, Artificial Intelligent (AI), Digital Economy, membawa JPA kepada masyarakat. Persaingan di pasaran, kerancakan penggunaan teknologi dalam kehidupan, keterbukaan platform yang menghubungkan jarak dari satu benua ke satu benua dalam tempoh beberapa saat sahaja, menjadikan keperluan pengurusan sumber manusia semakin dinamik. Sebagaimana yang disarankan oleh YAB Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad supaya kita menjadi manusia yang lebih berilmu, berpengetahuan, lebih berkemahiran dan berwibawa.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy