Koleksi Teks Ucapan KPPA Datuk Seri Borhan bin Dolah

74 anak-anak bangsa yang baru memasuki alam persekolahan akan menceburi bidang pekerjaan yang masih belum wujud pada masa yang akan datang. Sebanyak 54% pekerjaan di Malaysia akan diautomasikan dengan penggunaan teknologi bermutu tinggi menjelang tahun 2030. Dalam kita mendepani cabaran globalisasi dan kemajuan pesat teknologi maklumat, Perkhidmatan Awam juga turut terkesan akan bahang implikasi khususnya apabila wujud peningkatan tahap ekspektasi pelanggan terhadap kualiti penyampaian perkhidmatan awam seterusnya memaksa kita di JPA untuk pertingkatkan daya saing terutama perkara berkaitan Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia dalam Perkhidmatan Awam. Cabaran- cabaran ini sudah semestinya amat memerlukan setiap anggota perkhidmatan awam mempunyai pengetahuan, tahap kemahiran dan komitmen yang tinggi sertadapatmembudayakankerjaberprestasi cemerlang. Bak kata pendita Za’ba di dalam bukunya Perangai Bergantung Kepada Diri Sendiri (1982) “Sesuatu negeri dan bangsa menjadi naik atau turun, menjadi maju atau ketinggalan, ialah semua itu terikat sebabnya kepada sifat-sifat keadaan diri tiap-tiap seorang tunggalnya yang menjadikan bangsa itu atau yang menduduki negeri itu.” JPA merupakan agensi pusat yang sinonim dengan pembangunan modal insan negara. Kecemerlangan organisasi ini, tidak hanya bergantung kepada prinsip dan peraturan semata-mata. Ia perlu disandarkan kepada kepimpinan berwawasan dan pentadbiran yang cekap serta perancangan yang teliti. Setelah hampir 62 tahun kewujudan JPA, reputasi sebagai sebuah organisasi yang menguruskan sumber manusia sektor awam di Malaysia tidak dapat dinafikan. Keberadaan JPA sebagai perancang, reference center serta penyelesai masalah dalam urusan berkaitan pengurusan dan pembangunan sumber manusia akan terus ditagih. Kita terus diuji dengan kehendak-kehendak yang lahir dari pemikiran yangdinamik, kefahaman bersifat realiti, persekitaran perubahan paradigma, yang memerlukan pegawai-pegawai awam di JPA lebih kreatif,

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy