Koleksi Teks Ucapan KPPA Datuk Seri Borhan bin Dolah

73 pesat di Rantau Asia (khususnya ekonomi) Barat diramalkan akan ketinggalan kerana beban welfare state yang diamalkan; • daripada Government Driven kepada Market Driven – arah haluan ekonomi yang dikawal oleh Kerajaan Pusat berubah kepada ekonomi pasaran, penggalakan pertumbuhan ekonomi dan perebutan peluang; • daripada Kampung kepada Supercities – penghijrahan dari luar bandar ke kawasan bandar akhirnya mengubah Asia daripada masyarakat pertanian kepada dominasi telekomunikasi dan teknologi maklumat; • daripada Labour Intensive kepada Teknologi Tinggi – teknologi dan automasi mengurangkan penggunaan tenaga buruh; • daripada Dominasi Lelaki kepada Pembabitan Wanita – penyertaan wanita semakin meningkat dalam pelbagai aspek kehidupan seperti pengundi, pengguna dan tenaga kerja; • dari Barat ke Timur – akan berlaku Asianization kepada dunia yang mana pengaruh barat beralih kepada timur (contoh: Look East Policy) Konotasi cabaran abad ke-21 yang diramalkan pada suatu ketika dahulu satu persatu cabaran tersebut diharungi Malaysia dengan pelbagai perancangan dan pelaksanaan dasar, strategi dan inisiatif Kerajaan.Namun ianya tidak terhenti di sini,Malaysiakini berhadapan dengan pebagai bentuk cabaran baharu yang akan memberi impak serta kesan kepada individu, organisasi dan negara dalam pelbagai aspek kehidupan. Cabaran yang dimaksudkan ini menjurus kepada perkembangan pesat Revolusi Industri 4.0 – penggunaan Internet of Things (IoT), Artificial Intelligence (AI), Emerging Technologies dan sebagainya yang menggabungkan pelbagai teknologi maklumat dan komunikasi di dalam kehidupan seharian. Selain itu, cabaran future of works yang melibatkan job creation and job destruction atau komposisi pasaran kerja di masa hadapan. Dijangkakan 65%

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy