Koleksi Teks Ucapan KPPA Datuk Seri Borhan bin Dolah

72 diwarisi daripada penjajah yang telah maju, dari segi pemikiran, infrastruktur dan kekuatan teknologi yang mereka miliki. Keazaman untuk terus memerdekakan rakyat dari belenggu penjajahan minda, ideologi dan kebebasan adalah merupakan manifestasi perjuangan mereka sebagai membalas budi yang disemadikan dalamdiri setiap warga bangsa, mencerna kebangkitan pertiwi dalam perjalanan yang masih jauh dihadapan. Tanggal 18 Disember 1987, kertas kerja mengenai “Peranan PerkhidmatanAwamdiAbadke-21” telahpundibentangkandidalam Seminar Perkhidmatan Awam Abad ke-21 yang membincangkan tentang senario persekitaran Perkhidmatan Awamdi masa hadapan. Pada ketika itu, abad ke-21 digambarkan adalah tidak menentu, kompleks dan penuh dengan cabaran. Antara andaian senario yang dibincangkan termasuk ketidaktentuan ekonomi yangmana prestasi ekonomi dunia dipengaruhi oleh elemen-elemen tertentu di dunia terutama negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, China, Jepun dan Jerman, penduduk Malaysia akan lebih sophisticated dan ekspetasi semakin meningkat serta teknologi yang lebih canggih dan mahal perlu diperolehi supaya tidak ketinggalan dan sebagainya. Pada tahun 1996, John Naisbitt dalam nukilannya Megatrend Asia meramalkan Rantau Asia bakal mendominasi ekonomi, politik serta budaya seterusnya berlakunya modenisasi menerusi perubahan lapan trend utama seperti berikut: • daripada Nation States ke Network – kuasa seperti Jepun beralih kepada penyatuan dan jalinan keturunan China seberang laut yang akhirnya mendominasi Rantau Asia; • daripada Export-Led kepada Consumer Driven –menjelang tahun 2000 Asia akan mempunyai hampir setengah bilion penduduk di bawah kategori kelas pertengahan dan akan berlakunya peningkatan permintaan perbelanjaan di rantau ini; • daripada Pengaruh Barat kepada Cara Asia – pembangunan

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy