Koleksi Teks Ucapan KPPA Datuk Seri Borhan bin Dolah

71 Tanggungjawab yang dipikul bukan sekadar melazimi tugas jawatan yang disandang tetapi jauh daripada itu mereka menghayati dan mengaplikasikan erti tanggungjawab berlandaskan ajaran yang sudah sebati dalam diri mereka. Inilah prinsip-prinsip yang menjadi pegangan pegawai-pegawai awam terdahulu yang memungkinkan pencapaian negara berkembang sebagaimana yang kita nikmati pada hari ini. Kepimpinan pegawai pentadbir pada waktu itu bukan sahaja berasaskan iltizam membina negara bangsa dengan falsafah kepimpinan Barat dan Islam, bahkan disirami dan dibajai dengan semangat jitu untuk mencapai kebebasan sebenar daripada belenggu penjajah. Seperti yang dinukilkan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak pada tahun 1975, yang menyebut: “Kebebasan bermakna bertanggungjawab. Bertanggungjawab berusaha dan bertenaga dan berdiri diatas kaki sendiri sebagai manusia yang bebas dan merdeka. Kita tidak layak mengaku diri sebagai warga negara merdeka, jikalau tidak sedar akan tanggungjawab merdeka iaitu tanggungjawab sanggup maju dan sedia berjuang dan berusaha meninggikan taraf hidup” Oleh itu, dapat dilihat pemimpin dan pentadbir sejak daripada zaman dahulu sentiasa diperingatkan terhadap aspirasi pembebasan dan pembangunan negara. Lebih penting lagi, nilai etika serta nilai agama itu sentiasa menjadi landasan penting buat mereka, dalam membuat keputusan penting bagi rakyat dan negara. Pemimpin yang berlandaskan penghayatan agama dan akidah akan membawa bersama pelajaran dan pengajaran yang

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy