Koleksi Teks Ucapan KPPA Datuk Seri Borhan bin Dolah

70 merlukan pengorbanan yang sangat besar di kalangan perkhidmatan awam termasuklah keperluan untuk menuntut kemahiran,pengetahuanbaharuyangberasaskankepada keperluan semasa negara, serta meningkatkan kebolehan dalam mengolah perbincangan dengan negara luar supaya kepentingan negara Malaysia dapat diberikan keutamaan dalam setiap perancangan. Sejarah lampau bukan hanya untuk ditelaah tetapi ia harus dihayati. Kehancuran pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka, Kerajaan UmmaiyyahdanKerajaanQingperludijadikan iktibar dan sempadan supaya sejarah tidak berulang kembali. Justeru, Setulus Budi Membina Pertiwi telah diangkat menjadi tema dalam Perhimpunan Bulanan JPA kali ini. Dalam konteks Perkhidmatan Awam, tema ini boleh digarapkan peri pentingnya seseorang penjawat awam itu memiliki pekerti, kebijaksanaan serta ikhlas melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan dalam mendepani cabaran global serta memperteguh peradaban bangsa bagi mendokong agenda negara. Pemimpin-pemimpin seperti Sultan Muhammad Al-Fatih, Alexander the Great, Winston Churchil, Mahatma Gandhi, Marthin Kurther King Jr dan ramai lagi pemimpin yang terkenal di dunia, telah memberikan kesan besar kepada peradaban dunia. Cetusan idea, inovasi dan kreativiti memperkenalkan dasar-dasar baru, melakukan sesuatu di luar kebiasaan telah menjadikan mereka idola sepanjang zaman dan dipahatkan dalamdiari sejarah negarawan unggul dunia. Perkhidmatan Awam di Malaysia yang didominasikan orang-orang Melayu Islam, ditunjangi oleh akar agama dan nilai budaya yang bersifat syumul. Sehubungan itu, Perkhidmatan Awam di Malaysia seharusnya, mempraktikkan gaya kepimpinan, perlakuan, disiplin serta nilai berasaskan akhlak yang sebenarnya telah digariskan dalam kehidupan seharian masyarakat Melayu Islam Malaysia. Pegawai-pegawai awam, yang telah diasuh dengan didikan agama dan nilai-nilai murni menjak kelahiran mereka, namun masih tidak dapat lari daripada nilai-nilai tersebut yang telah sebati di dalam darah dagingmereka semasa menjalankan tugas mentadbir negara.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy