Koleksi Teks Ucapan KPPA Datuk Seri Borhan bin Dolah

69 Alhamdulillah berkat kesabaran dan kebijaksanaan kepimpinan dahulu, pentadbiran awam negara dikembalikan kepada anak tempatan setelah 508 tahun dijajah, pada tahun 1957 apabila British memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Mengambil contoh Tan Sri Abdul Aziz Haji Majid, Setiausaha Tetap Jabatan Perdana Menteri (Ketua Setiausaha Negara) yang pertama (1957), Tan Sri Ahmad Haji Husin, anak watan pertama dilantik sebagai Malayan Establishment Officer (1959), adalah antara pelopor utama dalam pentadbiran pasca-merdeka. Apa yang kita nikmati hari ini adalahmerupakanusaha-usaha yang tidakmengenal jemupegawai- pegawai dahulu. Hari ini kita boleh berasa bangga, memetik buah kejayaan, nikmati kesejahteraan yang disemai dan dibaja dengan begitu sempurna oleh para pegawai dahulu. Tetapi kita jangan mudah terlupa warga bangsa yang alpa dan terleka dengan lagu- lagu nikmat, mendapat kesenangan cara mudah, tidak sanggup bekerja keras dan bersungguh-sungguh, pastinya buah nikmat dan kesejahteraan tidak dapat kita kecapi apatah lagi sebagai bekalan generasi yang akan datang. Proses “Malayanisation” iaitu “meMalayakan” perkhidmatan awam untuk diterajui oleh warga negara Malaysia berterusan hingga ke hari ini. Pembangunan luar bandar dan wilayah yang mempamerkan perkhidmatan awam bertindak sebagai peneraju, pemangkin dan pace-maker telah disuburkan dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB) sejak 1970an. Pembangunan perindustrian membolehkan Malaysia menjadi negara pengeluar utama produk-produk berasaskan barangan elekrik dan elektronik di rantau Asean. Kemahiran dan keupayaan sumber manusia dalam perkhidmatan awam untuk menjadi fasilitator dan penggerak kepada perbincangan pelbagai hala diperingkat antarabangsa menjadi satu keperluan. Era ledakan teknologi dan globalisasi menjadikan perkhidmatan awam semakin terdedah dengan keperluan untuk bertindak sebagai pemudahcara dan pemikir untuk membolehkan Malaysia dinobatkan sebagai sebuah negara maju yang berteknologi tinggi . Ini semua me-

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy