Koleksi Teks Ucapan KPPA Datuk Seri Borhan bin Dolah

68 Pentadbiran Awam sebenar telah bermula sejak zaman Kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka. Sistem pentadbiran yang tersusun berdasarkan Hukum Kanun Melaka (Malacca Code) dan Undang-Undang Laut Melaka telah diperkenalkan oleh Kesultanan Melaka. Kegemilangan Kerajaan Melayu Melaka menyebabkan rantau Asia Tenggara yang menjadi nadi kepada hubungan antara Benua Eropah dengan Asia Timur dicemburui. Pengantarabangsaan (Internationalization), Pertukaran Silang Budaya (Cross Cultural), Pengurusan Pelabuhan yang sistematik (Entreport Management) telah menjadikan Melaka terkenal sebagai Pusat Kebudayaan (Cultural Centre), Pusat Perdagangan (Trade Centre), dan Pusat Pentadbiran di serantau. Sejarah telah membuktikan bahawa kegemilangan, kecemerlangan dan kekuatan sebuah negara bangsa akan terpahat dalam lipatan sejarah, apabila perebutan kuasa, kepentingan diri sendiri, sifat rakus dan tamak menjadi keutamaan dalam hidup. Lantaran itu berlaku kerosakan akal budi, ketidaktentuan pegangan hidup, serta pengabaian nilai-nilai moral dalam masyarakat. Akibat dari keruntuhan budi pekerti ini, telah terbukti dalam sejarah apabila Kerajaan Melayu Melaka dijajah oleh Portugis, di mana pada tahun 1511 walaupun jarak antara keduanya lebih kurang 3,000 km jauhnya. Sejarah kejatuhan Kerajaan Melayu Melaka menampakkan sejarah berulang kembali di mana Kerajaan Umaiyyah yang telah ditadbir selama 500 tahun di Sepanyol tumbang di tangan orang Eropah, begitu juga Kerajaan Qing yang telah menjadi pemimpin wilayah China jatuh ketangan kesatuan Eropah. Negara-negara ini pada satu ketika dahulu amat terkenal dengan sistem bernegara telah dipecahkecilkan oleh negara-negara penjajah. Warga negara yang dahulunyamenikmati kebebasan bernegara terpaksameminta simpati danbelasehsandari penjajahuntukmenguruskankehidupan dan pentadbiran mereka. Ideologi-ideologi baharu diperkenalkan, sistem bermasyarakat dan nilai-nilai budaya tempatan terhakis yang membawa kepada kehilangan identiti bangsa dan jati diri.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy